Pages

Thursday, August 26, 2010

Hadiah Untuk Ibu

Gua skrang ni sbnarnya dalam dilemma. Ape yg patut gua bg kat mak gua sebagai hadiah besday dia.
Sebenarnya, kalau gua ikut darah tinggi muda gua ni, nak je gua bg album Iron Maiden - The Number of Beast, takpun paling kurang album Oasis - Whats the story. Gua taw mak gua rokes, tapi, kerana besday dia time puasa, xpatut la gua bg Album Iron Maiden atau oasis kat dia kn. Rock-rock jugak, jgn la bulan puasa ni dilupakn.

Pastu gua ingat nk bg sejadah pasal mak gua ni suka solat. Bkn solat 5 waktu je, mak gua ni pun slalu gak solat hajat untuk anak-anak dia. Tu pasal lah antara salah satu dari bejuta sebab gua respek dan sayang di. Tapi, abg sulung gua da beli sejadah untuk mak gua. Dia tempah ngan member dia yang buat umrah aritu. Tapi gua dgr member dia beli sejadah tu kat Padang Besar je. Abg gua kena kencing je.

Then, gua pergi kedai apek cina nak tempah baju kurung untuk mak gua, tapi, tibe2 gua dapat kol dari akak gua yang baru kawen taun lepas dia ckp dia ngan laki dia dah tempah satu untuk mak gua. Dia suruh gua bg hadiah laen. Celakak, pasal gua ni anak bongsu, senang2 je dorang arah itu ini. Gua terpaksa ikut. Gua termenung seketika di dlm restoran milik yahudi laknatullah, MekDi. Gua pelik, pesal sume org cine je dlm MekDi ni. Pastu gua perasan org melayu yang lalu lalang, berjoging, mengumpat, berdating kat luar MekDi tu tengok gua dengan jelingan yang keji dan menghina. Apehal?Gua taw r gua hensem mcm Jonhny DeepShit, xpyah r dengki ngan gua pasal tuh. Lepas 10 minit kemudian, member gua datang menyapa dari belakang dengan cara yang agak kurang hajau iaitu dgn mendebik belakang gua. Tercarut la gua ni pasal terkejuk. Celake lu, bikin gua terkejut. Lepas maki hamun member gua yang celakak tuh, gua dgr dia berbicara, " lu pehal lepak dalam MekDi time bulan puase? Bodoh macam Pak Guard la kau ni.(member gua ni mmg benci pak guard). Oh shit, gua lupa ni bulan puasa. Gua baru ingat nak order Big Mac tadi.

Akhirnya, selepas gua berfikir panjang, selepas berdiskusi dgn Ane yang berbangsa India yang kutip cukai tandas depan GSC Central Square dan jugak selepas menggatal ngan akak MekDi yang bru nak masuk syif kerja petang, gua mendapat idea untuk bagi seekor anak arnab je kat mak gua. Gua tye ane jaga tandas tuh, sekor anak arnab di dlm RM30 je...nk yang da besar, dlm RM50. Gua terus mintak kontek apek tokey arnab dgn anak tersebut. Tapi gua terkesima pasal dia mintak no phone gua sbgai "bargain chips" untuk no apek arnab tersebut. Gua xkisah, janji gua leh bg arnab sekor kat mak gua. Gua taw mak gua skrang ni sunyi. Duk kt umah ngan bapak gua je. Kucing pun tinggal 2-3 ekor je lagi. Kesian gak gua tengok. Nak suruh bini gua teman, gua xde bini lagi.

Gua malas nak cerita lagi. Dipendekkn cerita, gua suh abg gua beli arnab tu, suruh dia bg kat mak gua. Ckp gua bg. Walaupun abg gua beli guna duit dia. Sekian.



p/s : Gua pelik kenapa mak gua suka pink. Sama dgn si dia. Takdirkah?Atau kebetulan?
        Dan cerita di atas adalah 80% fiksyen, 20% fakta