Pages

Tuesday, August 31, 2010

Berita buruk

Semalam, lepas gua jawab test Law dgn tunggang langgang, yang gua yakin test gua tu fail,
Macammana xfail, hantar kertas kosong yang bersih lagi kat lecturer gua balik.
Gua bukan ape, gua ni pembersih, xsuka kotor-kotor. Gua malas nak tulis atas kertas tu. Nanti kertas tu kotor. Gua xsuke. Jadi, gua tinggal je kertas tu kosong. Tapi bukan semua kosong lah. Nanti kena maki ngan lecturer gua pulak pasal xjawab langsung.
Gua cume gua 3 helai dari 4 kertas yg dibagi. Tu pun ada byk lubang-lubang. Gua bukan apa,
Gua pikir, at least, gua dpt jimatkn penggunaan kertas sekaligus menyelamatkn pokok-pokok dari ditebang dan secara tidak langsung, gua jugak telah menyelamatkn Bumi kita ni. Bagus kn?

Berbalik kepada crite gua yg sebenarnya,
Gua dapat kol dari mak gua yang yg tercinta. Dia menyampaikn berita yg kurang enak didengar.
Tambah-tambah lg Kerana Aidilfitri yang makin menjelang tiba.


  " Patrick xdok doh "


Itu yg gua dgr dri mak gua smlm. Gua tersedak. Gua terkesima. Gua speechless.

   " Shit "

Itu yang tibe-tibe terlintas di fikiran gua. Gua cakap dlm hati gua.
Nasib baik gua xcakap, klau x, komfem kena belasah dgn mak gua.
Xleh beraya lah gua macam Patrick. Xpun raya kat hospital
Jangan salah faham, gua bukan nk ckp kat mak gua. Gua cume terkejut.
Lagi terkejut dari gua hilang selipar jepun kat masjid masa solat raya.
Patrick tu merujuk kepada kucing kesayangan gua. Kaler putih campur kelabu. Jantan.
Kucing yang gua slalu belasah peluk cium, tido sekali masa gua ada kat rumah.
Patrick gua ni boleh masuk kategori kucing veteran lah. Dah tua. Dah nyanyuk.
Kadang-kadang Patrick ni gigit gua. Dan gua membalasnya dgn penerajang.

Gua da bela Patrick sejak gua Form 3. Lepas gua habis PMR . Gua ambik kucing ni rumah Kak Laily.
Kwn baik mak gua. Kucing ni kucing org buang. Kesian gua tgok.
So, gua pungut, gua jaga, gua bg perlindungan, gua bg mkn whiskes, kadang-kadang tulang ikan,
gua buat lepas geram masa gua kalah main PES, gua jugak buat Patrick teman tido gua.
Nak buat macam mane kn, bini xde lg nk teman gua tido.
Hancur hati gua lepas dgr berita ni macam hancurnya pinggan nasik yang hancur dibaling oleh para isteri kepada suami mereka yang curang. 
Gua baru ingat nak belikn baju raya Whiskes untuk Patrick time gua nak balik minggu depan.
Da lame gua xbelanja dia. Pasal gua da lama xbalik umah.Tahun ni gua beraya tanpa Patrick.
Kalau boleh gua nak nangis je. Tapi gua ingat pesan seseorang yg pesan kat gua,
" LELAKI DILARANG MENANGIS..LELAKI KENA TABAH !!"
Gua ingat pesan minah ni. Gua janji gua xkn nangis lagi.
Tapi, gua memang xpernah menangis ape?
Last gua nangis gua ingat, masa gua sunat masa gua darjah enam.
Tu yang paling last gua nangis. Pasal lepas gua sunat, gua da jadi lelaki sejati.
Gua teruk kena kutuk ngan abg gua masa gua nangis. Dia ckp gua manja.
Pale hotak lu, gua sakit lah ngok! .


Gua dalam keadaan yg sedih melampau, terus layan lagu Oasis - Stop Crying Your Heart Out,
dan semasa gua duk tengah layan lagu oasis tuh, gua tengok cermin,
terdetik dlm hati gua, fuulaamakkk, muka gua mcm vokalis Oasis lahh, Noel Gallagher.<--ini bulshit
Gua mampu tersenyum kembali. -:)


p/s : Sunat sakit wooooo...kn org laki??T.T...