Pages

Saturday, October 30, 2010

mamak kedai yg kejam.

oh brader kedai mamak,
kenapa la lu cas mahal sgt nasik gua tadi.
cara lu cas nasik gua langsung xsehensem muka lu
sekadar nasik kurma sepinggan, ayam goreng seketul, udang sekor, milo ais
lu cas sampai RM16. lu sgt kejam.
klau lu nak tau, kafe kat kampus gua yg kejam tu pun cas gua xlebih pun RM5.
kalau gua tau lu cas mahal nak mampus,
baik gua tapau KFC je, xpun doublecheese burger mekdi je.
da la lu bikin gua malu. mati-mati gua ingat RM6, gua ulur jugak RM6.
gua ingat gua salah dengar tpi lu cas RM16 betul-betul.
melalau gua cekau poket gua cari duit tadi.
lu bikin gua malu dengan makwe sebelah gua yg gua duk usyar sebelum tuh.
gua kecewa....

Friday, October 29, 2010

saya teringat masa dulu2.

Gua sangat kagum dengan diri saya sendiri. Pasal apa? Itu yang kita nak tahu.
Gua kagum pasal da 2 hari gua xonline. Dan petang ni, hati gua tergerak nak online.
Gua bukan apa xonline, bukannya line broadband gua kena potong pasal xbayar, or laptop gua kena virus ke,
jauh sekali gua xonline pasal mentelaah pelajaran. .Malam final exam pun gua balun duk on9, layan anime, main kad Uno, ni pulak time cuti.

Di petang jumaat yang sejuk ni, gua tringat kat klasmate matrik gua dulu lepas baca entri kat blog salah seorang ex-klasmate matrik gua dulu. (Klik sini untuk entri tersebut) Ok, nama ex-klasmate gua yang buat entri tu nama dia Mohd Fadzlin, petname dia Pak Lin, asal Kuala Muda. Perasan diri sendiri Fahrin Ahmad. Student medic kat RCMP.Dua orang lagi ex-klasmate gua kat matrik dulu, sorang tu nama dia Solehuddin,  nama glamer Leh. Yang sorang ni perasan diri sendri Aaron Aziz. Sekarang ni student medic jugak kt Mansoura University, Egypt. Yang lagi sorang nama dia Wan Nor Hafidzi, org panggil di Chong Wei pasal muka dia mcm cina. Dan mak dia mmg chinese.

Klau nak cerita pasal mende buruk dorang ni, sgt banyak, gua malas nak taip banyak. Gu pemalas.
Jadi gua cerita pasal menda baik dorang jela. First, brader chong wei kita. Dia sgt baik bg gua. Pasal apa?
 Pasal dia slalu bg gua tiru dia punya tutorial math punya latihan. Boleh ckp, satu sem punya buku latihan tutorial tuh, gua balun tiru dia jer. Baik sungguh dia ni. Gua bkn apa, gua mmg bengap Math ni. Pasal tu gua p buat Law. Oh ye, beliau jugak sgt peka dengan rambut beliau. Kalau tunggu dia nak pegi kelas sekali tuh, ad la dekat 15 minit jugak tunggu dia duk bersiap. Duk belek2 rambut dia, susun-susun rambut dia. Bila dia da siap berkemas tuh, on the way g kelas, klau jumpa tandas, probability untuk dia stop kt tandas tu untuk tune rambut dia sgt tinggi lah. Gua kadang-kadang fed up jugak dgn dia nih. Tapi gua xtau kenapa, dia ni, klasmate perempuan kelas gua sgt suka dgn dia nih. Gua xtaw kenapa. Kalau gua, pak lin, soleh kutuk chong nih, mesti klasmate perempuan gua akan back up dia. Nak kata chong ni pondan, xla jugak. Dia ni gua rasa, sorang laki sejati lah. Kalau tak, xkan rambut belah tengah. Tapi masa sem 2, dia tukar fesyen rambut dia, buat rambut macam Korean Star. Sgt semat.( sarkastic). Hari ni hari jadi dia. So, Hepy Besday MyFriend. Gua xde hadiah nak bg. Cuma doa je gua boleh bg. Gua doakn lu sihat dan berjaya. Dan, cukup-cukup lah duk ejas rambut lu tuh. Da xnampk melayu da gua tengok.

Soleh ni pulak, buleh kata all the time duk lepak dengan gua lah time kelas. Pasal dia duk satu floor dgn gua kat hostel, so, g kelas pun selalu sekali lah. Gua selalu lepak ngan dia kat depan bilik kuliah, time tunggu kuliah start. Masa duk tengah tunggu kuliah start tuh, gua duk kutuk org2 yg lalu depan gua tuh dgn soleh nih.
Biasanya yang byk kena kutuk tuh perempuan lah. Ada je bende keluar dri otak playboy dia time kutuk org. Kalau gua duk lepak dgn dia, mmg gua xberenti gelak. Soleh ni jugak boleh kata dia ni sorang laki yang charming lah. Ramai jugak makwe-makwe yang melekat dkt dia nih. Gua ad ingat yang sorang minah ni duk minat kat dia, tapi soleh ni buleh duk kutuk minah tuh dgn gua. Sgt celaka. Oh ye, awek dia time matrik dulu sgt hot. Gua tengok pun tergoda. (Sory leh, hahaha). Gua p library, nampak je dia ngan awek dia duk dating. Time experiment kimia ngan bio lak, gua slalu partner ngan mamat nih, dan dua org lagi klasmate laki gua,  pasal dia ni terlampau genius, kiteorg slalu siap awal experiment kiteorg. Kalau siap awal, eksperiment tu berjaya xpe la jugak. Tapi eksperiment kiteorg slalu je gagal. Bila da gagal tuh, soleh buat muka hensem dia p mintak result eksperiment dengan group perempuan. Gua pulak buat muka comel (klasmate perempuan gua ckp gua comel, sumpah) p mintak kat group perempuan yang lain. Lepas duk puji sikit2, goda sikit2, kadang2 tuh dicemuh oleh klasmate perempuan kiteorg, akhirnya kiteorg dapat jugak result eksperiment. Bila da dpt tuh, p tunjuk kat lecturer, kene puji pulak dgn lecturer pasal siap awl, pastu dpt result yang betul. Kiteorg bangga. (Walhal eksperiment siap awal tuh gagal dan result pulak cekau kat group lain.

Manusia terakhir sebagai klasmate laki gua kat matrik dulu pulak dipanggil dgn nama glamer, Pak Lin. Yang gua rase celaka sgt dengan dia nih, dia duk asyik duk ngaku diri sendri Fahrin Ahmad. WTF? hahahahaha.
Dia ni buleh kata ulat buku jugak lah. Asyik study. Klau gua p bilik dia, ada je buku terbukak atas meja dia tuh. Gua xtaw lah dia saja bukak pasal nak tunjuk yang dia study kat gua nih. hahaha.  Gua slalu ckp kat dia, gua ckp kat dia yang gua ni, bilik da tua nanti, kompem byk penyakit, so, gua suruh dia study rajin-rajin, jadi private doktor gua nanti. Gua kn politician. (Lin, mung ingt dok?hahaha) Pak Lin ni jugak salah sorang partner gua nak time nak kutuk org selain soleh. Org yg slalu dikutuk selain dri perempuan yang duk lalu dpn kiteorg, Chong Wei. Dia lah yang slelau jadi mangsa kutukn ak, pak lin, soleh. Tapi, klasmate perempuan kiteorg slalu je back up. Geram jugak lah. Dan jugak jeles. ahahahha. Selain dri tu, kiteorg jugak pernah kutuk lecturer  yang nampak agak annoying. Pak Lin ni jugak komander pasukan kawad KMPP. Yang gua xsangka, buleh dia sangkut dengan assistant komander dia, terus kapel. Tapi dia ni mmg kool, da ada kapel hot pun, duk sibuk usyar klasmate perempuan kiteorg, Sakinah.(Jolo dok lin?hahah) Yang gua syok duk tengok bila dia duk ngorat cik Kinah nih, dia slalu je kena reject. Brader Pak Lin kita ni jugak merupakn sorang ketua kelas yang berdedikasi. Kesian kat dia, slalu abis kredit pasal jadi ketua kelas.

Itulah 3 org kaum adam kelas gua. Kelas gua dulu ada 4 org je kaum adam termasuk gua. Sebenarnya ada 7 org. Tpi 3 org blah p tempat lain. Kiranya beruntung jugak lak kiteorg nih, nisbah laki kelas kiteorg 1:7.
Gua harap, one day, kita dapat jumpa lagi, dapat gelak sama-sama lagi. For now, struggle to realise your dream my friend.

p/s :

gua serius nak habiskn game Call Of Duty : World At War sebelum pukul 7 pagi esok. Gua nekad xnak tido mlm ni. Mungkin mandi pun tidak. Tapi solat itu akan gua tunaikn. Kan solat itu wajib. Kn?
Doakn gua berjaya. Peace. (Main kad Uno sgt best.)

Wednesday, October 20, 2010

Kenapa.

Kenapa Buletin Utama TV3 sekarang penuh dengan berita-berita pasal parti pemerintah negara.
Gua bukak berita TV9 pun berita pasal parti pemerintah negara.
Berita TV1 apetah lg. Sampai naik muak gua.
Gua nk tengok berita update pasal jemaah haji pun xleh.
Spoil sungguh mood gua nak tengok TV. 
kerana gua terlampau muak,
gua terpaksa layan berita ntv7 yang berbahasa penjajah kita dulu.
walaupun sepatah haram gua xfaham,
gua terpaksa layan jela gambar pembaca berita.
ingat nak layan berita tamil kat tv2,
tapi rtm da tukar waktu siaran berita tamil kt tv2 ke pukul 6 ptg.
Oh, gua kecewa lg.

Tuesday, October 19, 2010

Selamat Jalan Mak, Ayah

Semalam gua berkunjung ke lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu untuk menghantar mak dan ayah gua pergi haji. Masa yang sepatutnya mak ngan bapak gua daftar untuk flight sepatutnya pukul  5 petang, tapi kerana abang sulung gua ngan bini dia berfikiran jauh, mereka cadangkan supaya kami semua bertolak ke airport awal sikit. Tapi gua rase bukan awal sikit, awal banyak sbnrnya. Pukul 12 tengahari, konvoi menghantar mak ngan bapak gua bertolak selepas sedikit bacaan doa dan juga laungan azan oleh Pak Imam masjid kampung gua yang gua xberapa kenal dan kamcing sgt pasal gua jarang berkunjung ke masjid kecuali pada hari Jumaat. Tu pun sekejap je gua pergi. Sampai kat masjid, Tok iman da nk habis baca khutbah jumaat.

Sampai je kat airport, gua nampak pakcik polis yang senang kawal keadaan kat airport yang sgt sesak. Mana xsesak, nk hantar sorang je jemaah haji, tapi yang eskot tu dekat 10 orang. Macam mak ngan ayah gua, dekat 10 bijik kereta yang eskot yang terdiri dari family gua saje da 5 buah, jiran-jiran gua lagi, mertua-mertua abang ngan akak gua lagi, member-member kamcing mak gua lagi, geng-geng bapak gua lagi. Tu baru mak ngan bapak gua je. Bayangkan beratus jemaah haji yang nak berlepas semalam, agaknya brape orang yang datang just nak eskot?

Pasal gua boring sangat semalam duk tunggu mak ngan bapak gua check in untuk flight, gua naik tingkat atas airport, lepak kat kerusi urut depan eskalator sebelah cafe sambil duk minum coke dan melayan pemandangan pramugari-pramugari yang cun tengah makan kat cafe tuh. Memang cun. Pakai kain belah tapi pakai tudung.
Bila dorang lalu depan gua, gua ingat nak usyar jugak sikit-sikit, tapi lepas gua berfikir macam manusia normal, gua rasa, gua terlalu muda untuk mengusyar pramugari-pramugari tersebut yang loaded nak mampus dan mungkin berumur dari gua lagi. So, gua simpan niat gua nak mengusyar pramugari untuk 7 tahun akan datang. Gua target, bila gua da jadi lawyer, baru gua nak usyar pramugari. Inilah cita-cita bodoh gua.

 So, kepada mak ngan bapak gua, selamat menunaikan ibadat haji dan selamat kembali ke tanah air kembali.





Kerana terlalu lama menunggu, kiteorg sempat picnic kat airport lagi.

p/s : Baru sehari mak gua ngan bapak gua xde. Gua da rindu.:(

Saturday, October 16, 2010

Anda sedih?

‎ ''I suppose I do get sad, but not for too long. I just look in the mirror and go, `What a fucking good-looking fuck face you are.` And then I brighten up.''

 

 Gua pun blah dari cermin, ambil headphone, sumbat kat telinga, layan lagu Siti Butterfingers - Lengkap Semula

 

p/s : ahahahahaha

Tuesday, October 12, 2010

Mintak maaf kucing.

Kepada kucing yang dilanggar oleh gua tadi, gua nak mintak maap banyak-banyak.
gua bukan ape, gua xde dendam pape ngan kerabat kucing, malah gua suka sgt kucing
gua cuma xprasan lu duk syok betenggek tgah jalan tadi.
Dah la lu hitam macam member gua, lagi la gua susah nak nampak.
Lau lu nk taw, lain kali, jgn duk betenggek tengah jalan lagi. Nanti kena langgar kalau orang xnampak lu.
Kalau lu sama besar ngan kereta Persona abang gua yang baru beli sebulan dah rosak
dia punya pemancut air cermin depan, xpe la jugak, sempat gua tekan brek.
Tapi, lu kucing, pape hal pun, gua sebagai manusia ni yang salah.
So, lu mmg xsalah, gua taw, dlm kes ni, gua yang salah.
Yang penting sekarang ni, gua harap lu xsaman gua.
Walaupun gua tau lu xbaca blog gua ni, tapi gua nk ckp jugak mintak maaf pasal terlanggar lu.
Yela, lu kucing, ape lu taw kn?Lu ada otak, xde akal kn?
Tapi lu lagi baik dari kaum kerabat manusia yang ada otak dan akal,
tapi xreti nak guna akal. Buat perangai setan.
So kucing yang gua xtaw nama tu, gua mintak maap
Kalau lu ada tuan, gua mintak maap kat tuan lu jugak.



p/s : bole x sedekah al-fatihah kat kucing?

Monday, October 11, 2010

Mistakes of Hitler


Adolf Hitler. 
 A name that can make the jews shitting in their pants. A guys that slaughter  millions of jews. A Third Reich Fuhrer that turned the prosper and rich Europe continent into the sea of blood in the blink of eyes. The man that spoken about the “ Final Solution for the Jews problem “. A Man still a man. No matter how great he
was, he will make a mistakes. Napoleon Bonaparte, Emperor of France, bring hundred thousands of his army across europe continent in a bloody cold winter in order to conquer Russia. He did not only lost the war that not even start, he also lost hundred thousands oh his army. The are a story that describe only 20 000 of its army make it back to France from hundred thousands of his army. Same with Hitler, he is just a human. Little pathetic and weak human, he surely also will make mistakes.
Hitler first crappy mistakes was, 
he didn’t cross English Channel to conquer British Archipelago eventhough at that time his Wehrmacht at the peaks of power. Instead of cross English Channel, Hitler just order its minion to build  Atlantic Wall across the west europe from northside of  Norway to the southern side of France. Hitler just ordered its Airforce to do the bombing on the London and other major cities of British and also ordered the U-Boat attack an Allied Navy and commercial ship instead of taking Britain by cross English Channel. Because Hitler didn’t got the balls to cross English Channel  to captured the British Archipelago, its being use as the Allied base and forward operation base to invade Europe especially by the US Army.  An invasion of Europe where the infamous 101st Airborne are involved are being launched from England@Britain.

Another silly mistake commited by Hitler here is that,
he launch an attacks towards Soviet Union.  Why did he wage a war againts a Soviet Union? Some people believe that he hate Communism so much. There are also believe that he open an Eastern Front war because to settle things with the Joseph Stalin. Private things. Soviet Union Highest leader at that bloody time. And here, on the Eastern Front, born a Soviet hero name Vasily Zaytsev who is a sniper. He kills hundreds of Nazis. Vasily is a legend in Sovie Union. There’s even a film about him title Enemy At The Gates. The result from opening Eastern Front theater of war, Third Reich experienced short handed of manpower, ammunation, weaponary and etc because German being flank from West and East side.  From West Front,  United States of America, Britain, Canada, France and other Allied Forces is coming. From east, Red Army is marching toward the Third Reich heart, Berlin. United States of America already a big trouble, strong enemy that hard to be defeated by the Third Reich, and there is Soviet Union that have great number of troops at that time. Being in war with two greatest country, do you expect to win? Thats why Japan sign a pact with Soviet that said the Japan and Soviet would never go to war. Eventhough they are neighbouring country. Japan already have enough trouble with US and British.
The time when the Soviet arrived at the front door of Berlin, there are 2.9 Millions Red Army, surrounding Berlin, compared to the Nazis that defend the Berlin, just around 40 000. So, what to expect except than surrender? Want to withold Berlin with just 40 000+ army againts 2.9 Millions Red Army? Even Hitler, the Third Reich Fuhrer didn't expect its troop can defend Berlin from the bloodthirst Red Army. Hitler committed a suicide by shots his own bloody head using a Luger or some other peoples said he using Walther PP. I didn’t sure what kind of weopon he use to blown up his head. Even before he shot his head head, he still can told his minions to continue the guerilla war againts an Allied.

p/s : Pardon me for my sucks english mate. Just trying to start writing in english.

Friday, October 8, 2010

kawan hensem saya.

gua ade member.
nama member gua tuh Nurhashimi
nama manja dia shimi.
beliau hensem.
awek pun ngetop.
study pun hebat.
gaya sangat bergaya
kaki surau.
kalau time terawikh kat kampus gua.
saudara shimi ni memang muka regular lah.
lepas solat, dia xterus melangkah pulang,
beliau lipat sejadah dulu,
baru bergerak menuju kebilik.
dengan muka yang bercahaya.

dia bukan rumate gua,
tapi rumate dia ckp, muka dia bercahaya dalam bilik.
hatta disaat berDota sekalipun, tetap bercahaya.
tapi, masa berak gua xpasti lah.
itu bergantung atas keadaan semasa dlm tandas lah gamaknya.

entri ni gua buat khas untuk beliau.
gua takut dia mati kalau gua xbuat entri.
dia mrayu-rayu kat fesbuk gua,
ckp xleh hidup tanpa entri gua.
gua sayang dia.
gua tak nak dia mati.
jadi gua buat entri ni.
gua da selamatkan nyawa seorang kawan gua yang hensem.
muliakan hati gua?



bukti dri fesbuk gua.


p/s : gua harap dia hidup lagi. 2 hari gua terlambat buat entri ni.

Saturday, October 2, 2010

Masa cuti.

Masa yang terluang semasa cuti sem kali ni saya nak manfaatknya dgn betol, munasabah dan berilmiah. Gua akan rajinkan kaki saya untuk menekan pedal minyak kereta Viva mak Gua untuk ke Perpustakaan Awan Negeri Terengganu yang memang terkenal sebagai port dating kapel-kapel hot yg educated dan juga sebagai gudang ilmu untuk rakyat Terengganu. Dengar khabar, wifi disana sgt laju. Bolehlah gua download Gundam Seed dan Gundam Seed Destiny dan jugak sedikit sebanyak drama-drama jepun dan jugak sedikit-sedikit movi yg pastinya bukan Dua Alam sementara gua menjalankn research gua. Dengan menggunakan wifi untuk mendownload cerita-cerita pilihan hati, gua xpayah risau pasal download limit macam Broadband.

Oh ya, research gua tu gua ingat nk buat research pasal World War 2.

Tapi gua rasa, mustahil gua nk jalankan research tersebut pasal climate dan atmosphere kat library tu sangat sesuai nk buat mata gua tertutup. Pasal tu, gua ingat nk usyar akak library tu untuk kasi gua bawak megi masuk dlm library. Baru gua xngantok. Buat research sambil makan megi. Tapi member gua ckp megi tu yahudi punya. Harus diboikot. Tapi member gua tu pun kaki McD. Sebelum gua mengundur diri, gua nk cakap, kalau research gua tu berjalan lancar, gua akan share ape yang dapat dgn research gua tu kat blog ni. Tu pun kalau gua buat lah research tu. Tapi gua xjanji lah. Pasal ada orang cakap, kita xleh berjanji masa kita tengah hepy. Kita akan mudah mungkirinya. Gua xtaw la btol ke x. Try la kalau xcaya. Buat research sendiri ye. Tapi gua rasa semua tu gebang.

Assalamualaikum dan selamat pagi.





p/s : gua tengah layan One Piece 598 pasal nak kasi hilang rindu dekat orang jauh.