Gua sangat kagum dengan diri saya sendiri. Pasal apa? Itu yang kita nak tahu.
Gua kagum pasal da 2 hari gua xonline. Dan petang ni, hati gua tergerak nak online.
Gua bukan apa xonline, bukannya line broadband gua kena potong pasal xbayar, or laptop gua kena virus ke,
jauh sekali gua xonline pasal mentelaah pelajaran. .Malam final exam pun gua balun duk on9, layan anime, main kad Uno, ni pulak time cuti.
Di petang jumaat yang sejuk ni, gua tringat kat klasmate matrik gua dulu lepas baca entri kat blog salah seorang ex-klasmate matrik gua dulu. (Klik sini untuk entri tersebut) Ok, nama ex-klasmate gua yang buat entri tu nama dia Mohd Fadzlin, petname dia Pak Lin, asal Kuala Muda. Perasan diri sendiri Fahrin Ahmad. Student medic kat RCMP.Dua orang lagi ex-klasmate gua kat matrik dulu, sorang tu nama dia Solehuddin, nama glamer Leh. Yang sorang ni perasan diri sendri Aaron Aziz. Sekarang ni student medic jugak kt Mansoura University, Egypt. Yang lagi sorang nama dia Wan Nor Hafidzi, org panggil di Chong Wei pasal muka dia mcm cina. Dan mak dia mmg chinese.
Klau nak cerita pasal mende buruk dorang ni, sgt banyak, gua malas nak taip banyak. Gu pemalas.
Jadi gua cerita pasal menda baik dorang jela. First, brader chong wei kita. Dia sgt baik bg gua. Pasal apa?
Pasal dia slalu bg gua tiru dia punya tutorial math punya latihan. Boleh ckp, satu sem punya buku latihan tutorial tuh, gua balun tiru dia jer. Baik sungguh dia ni. Gua bkn apa, gua mmg bengap Math ni. Pasal tu gua p buat Law. Oh ye, beliau jugak sgt peka dengan rambut beliau. Kalau tunggu dia nak pegi kelas sekali tuh, ad la dekat 15 minit jugak tunggu dia duk bersiap. Duk belek2 rambut dia, susun-susun rambut dia. Bila dia da siap berkemas tuh, on the way g kelas, klau jumpa tandas, probability untuk dia stop kt tandas tu untuk tune rambut dia sgt tinggi lah. Gua kadang-kadang fed up jugak dgn dia nih. Tapi gua xtau kenapa, dia ni, klasmate perempuan kelas gua sgt suka dgn dia nih. Gua xtaw kenapa. Kalau gua, pak lin, soleh kutuk chong nih, mesti klasmate perempuan gua akan back up dia. Nak kata chong ni pondan, xla jugak. Dia ni gua rasa, sorang laki sejati lah. Kalau tak, xkan rambut belah tengah. Tapi masa sem 2, dia tukar fesyen rambut dia, buat rambut macam Korean Star. Sgt semat.( sarkastic). Hari ni hari jadi dia. So, Hepy Besday MyFriend. Gua xde hadiah nak bg. Cuma doa je gua boleh bg. Gua doakn lu sihat dan berjaya. Dan, cukup-cukup lah duk ejas rambut lu tuh. Da xnampk melayu da gua tengok.
Soleh ni pulak, buleh kata all the time duk lepak dengan gua lah time kelas. Pasal dia duk satu floor dgn gua kat hostel, so, g kelas pun selalu sekali lah. Gua selalu lepak ngan dia kat depan bilik kuliah, time tunggu kuliah start. Masa duk tengah tunggu kuliah start tuh, gua duk kutuk org2 yg lalu depan gua tuh dgn soleh nih.
Biasanya yang byk kena kutuk tuh perempuan lah. Ada je bende keluar dri otak playboy dia time kutuk org. Kalau gua duk lepak dgn dia, mmg gua xberenti gelak. Soleh ni jugak boleh kata dia ni sorang laki yang charming lah. Ramai jugak makwe-makwe yang melekat dkt dia nih. Gua ad ingat yang sorang minah ni duk minat kat dia, tapi soleh ni buleh duk kutuk minah tuh dgn gua. Sgt celaka. Oh ye, awek dia time matrik dulu sgt hot. Gua tengok pun tergoda. (Sory leh, hahaha). Gua p library, nampak je dia ngan awek dia duk dating. Time experiment kimia ngan bio lak, gua slalu partner ngan mamat nih, dan dua org lagi klasmate laki gua, pasal dia ni terlampau genius, kiteorg slalu siap awal experiment kiteorg. Kalau siap awal, eksperiment tu berjaya xpe la jugak. Tapi eksperiment kiteorg slalu je gagal. Bila da gagal tuh, soleh buat muka hensem dia p mintak result eksperiment dengan group perempuan. Gua pulak buat muka comel (klasmate perempuan gua ckp gua comel, sumpah) p mintak kat group perempuan yang lain. Lepas duk puji sikit2, goda sikit2, kadang2 tuh dicemuh oleh klasmate perempuan kiteorg, akhirnya kiteorg dapat jugak result eksperiment. Bila da dpt tuh, p tunjuk kat lecturer, kene puji pulak dgn lecturer pasal siap awl, pastu dpt result yang betul. Kiteorg bangga. (Walhal eksperiment siap awal tuh gagal dan result pulak cekau kat group lain.
Manusia terakhir sebagai klasmate laki gua kat matrik dulu pulak dipanggil dgn nama glamer, Pak Lin. Yang gua rase celaka sgt dengan dia nih, dia duk asyik duk ngaku diri sendri Fahrin Ahmad. WTF? hahahahaha.
Dia ni buleh kata ulat buku jugak lah. Asyik study. Klau gua p bilik dia, ada je buku terbukak atas meja dia tuh. Gua xtaw lah dia saja bukak pasal nak tunjuk yang dia study kat gua nih. hahaha. Gua slalu ckp kat dia, gua ckp kat dia yang gua ni, bilik da tua nanti, kompem byk penyakit, so, gua suruh dia study rajin-rajin, jadi private doktor gua nanti. Gua kn politician. (Lin, mung ingt dok?hahaha) Pak Lin ni jugak salah sorang partner gua nak time nak kutuk org selain soleh. Org yg slalu dikutuk selain dri perempuan yang duk lalu dpn kiteorg, Chong Wei. Dia lah yang slelau jadi mangsa kutukn ak, pak lin, soleh. Tapi, klasmate perempuan kiteorg slalu je back up. Geram jugak lah. Dan jugak jeles. ahahahha. Selain dri tu, kiteorg jugak pernah kutuk lecturer yang nampak agak annoying. Pak Lin ni jugak komander pasukan kawad KMPP. Yang gua xsangka, buleh dia sangkut dengan assistant komander dia, terus kapel. Tapi dia ni mmg kool, da ada kapel hot pun, duk sibuk usyar klasmate perempuan kiteorg, Sakinah.(Jolo dok lin?hahah) Yang gua syok duk tengok bila dia duk ngorat cik Kinah nih, dia slalu je kena reject. Brader Pak Lin kita ni jugak merupakn sorang ketua kelas yang berdedikasi. Kesian kat dia, slalu abis kredit pasal jadi ketua kelas.
Itulah 3 org kaum adam kelas gua. Kelas gua dulu ada 4 org je kaum adam termasuk gua. Sebenarnya ada 7 org. Tpi 3 org blah p tempat lain. Kiranya beruntung jugak lak kiteorg nih, nisbah laki kelas kiteorg 1:7.
Gua harap, one day, kita dapat jumpa lagi, dapat gelak sama-sama lagi. For now, struggle to realise your dream my friend.
p/s :
gua serius nak habiskn game Call Of Duty : World At War sebelum pukul 7 pagi esok. Gua nekad xnak tido mlm ni. Mungkin mandi pun tidak. Tapi solat itu akan gua tunaikn. Kan solat itu wajib. Kn?
Doakn gua berjaya. Peace. (Main kad Uno sgt best.)