Pages

Tuesday, October 19, 2010

Selamat Jalan Mak, Ayah

Semalam gua berkunjung ke lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu untuk menghantar mak dan ayah gua pergi haji. Masa yang sepatutnya mak ngan bapak gua daftar untuk flight sepatutnya pukul  5 petang, tapi kerana abang sulung gua ngan bini dia berfikiran jauh, mereka cadangkan supaya kami semua bertolak ke airport awal sikit. Tapi gua rase bukan awal sikit, awal banyak sbnrnya. Pukul 12 tengahari, konvoi menghantar mak ngan bapak gua bertolak selepas sedikit bacaan doa dan juga laungan azan oleh Pak Imam masjid kampung gua yang gua xberapa kenal dan kamcing sgt pasal gua jarang berkunjung ke masjid kecuali pada hari Jumaat. Tu pun sekejap je gua pergi. Sampai kat masjid, Tok iman da nk habis baca khutbah jumaat.

Sampai je kat airport, gua nampak pakcik polis yang senang kawal keadaan kat airport yang sgt sesak. Mana xsesak, nk hantar sorang je jemaah haji, tapi yang eskot tu dekat 10 orang. Macam mak ngan ayah gua, dekat 10 bijik kereta yang eskot yang terdiri dari family gua saje da 5 buah, jiran-jiran gua lagi, mertua-mertua abang ngan akak gua lagi, member-member kamcing mak gua lagi, geng-geng bapak gua lagi. Tu baru mak ngan bapak gua je. Bayangkan beratus jemaah haji yang nak berlepas semalam, agaknya brape orang yang datang just nak eskot?

Pasal gua boring sangat semalam duk tunggu mak ngan bapak gua check in untuk flight, gua naik tingkat atas airport, lepak kat kerusi urut depan eskalator sebelah cafe sambil duk minum coke dan melayan pemandangan pramugari-pramugari yang cun tengah makan kat cafe tuh. Memang cun. Pakai kain belah tapi pakai tudung.
Bila dorang lalu depan gua, gua ingat nak usyar jugak sikit-sikit, tapi lepas gua berfikir macam manusia normal, gua rasa, gua terlalu muda untuk mengusyar pramugari-pramugari tersebut yang loaded nak mampus dan mungkin berumur dari gua lagi. So, gua simpan niat gua nak mengusyar pramugari untuk 7 tahun akan datang. Gua target, bila gua da jadi lawyer, baru gua nak usyar pramugari. Inilah cita-cita bodoh gua.

 So, kepada mak ngan bapak gua, selamat menunaikan ibadat haji dan selamat kembali ke tanah air kembali.





Kerana terlalu lama menunggu, kiteorg sempat picnic kat airport lagi.

p/s : Baru sehari mak gua ngan bapak gua xde. Gua da rindu.:(