Pages

Saturday, July 30, 2011

cuti 2

Banyak kejayaan yang aku capai dalam masa 4 bulan cuti,

Mula-mula, aku berjaya bunuh General Vasquez. Pastu dapat langgar kereta polis,dapat sembelih Zerg,
Kalahkan Loki, Dr Doom, Modok, Bulleye, Shocker and etc. Selamatkan Odin. Oh ya, Sekarang aku tengah lawan Apocalypse. Susah jugak nak lawan dia nih. Muka pun dia nih pun huduh.

Ok, General Vasquez tu aku bunuh dalam game Sniper : Ghost Warrior.
Yang langgar kereta polis tu aku langgar dalam NFS Hot Pursuit
Sembelih Zerg tu pulak dalam game Starcraft 2
Lawan Loki, Dr. Doom and etc tu dlm Marvel Ultimate Alliance.
Bab yang lawan Apocalypse tu dalam X Men Legend 2. 


Oh ye, tak lupa 7 jahitan aku dapat kat kaki aku nih. Yang ni aku dapat betul, bukan dalam game.
Kiranya pencapain paling hebat aku la masa cuti nih.
Nurse kat hospital semalan cantik-cantik, tak lah sakit sangat time kena jahit. 


haaa, kepada cik kak dari ulu tiram tuh yang request nak follw twitter aku, sory, aku dah tak guna twitter tuh. 

bai bai bai



Monday, July 18, 2011

cuti

Bangun pagi tengok bangla naik lori,
Semua hensem rambut sikat belah tepi,
Kenapa bagi lama sangat cuti,
Nanti nak belajar balik otak dah tepu macam tahi.

Sunday, April 17, 2011

masa cuti

gua malas nak update blog, tapi pasal gua banyak masa buat masa sekarang, banyak sangat, kalau masa gua boleh gadai kedai bundle, mau je gua gadai. Cuti 5 bulan bukanlah menda yang menarik bagi remaja-remaja kutu macam gua. Bulan 9 baru masuk kampus balik. Gua rasa masa nak masuk kampus balik, otak gua da jadi tepu, bengap balik. Masa lapang gua sebagai remaja kutu dihabiskan dengan menghabiskan duit mak gua, mengasuh kanak-kanak, memberi makan kucing, mencemarkan alam sekitar dengan meludah atas jalan, membazir bekalan elektrik negara dgn ON PC hampir 12 jam sehari main Starcraft, Dota, COD, worm, freecell dan apa kepala bana game lagi. Tak dilupakan jugak game Snake Xenxia (ejaan mungki salah) di henpon cikai gua.

Apa yang tahinya masa cuti mcm ni, gua selalu teringat kelas kt kampus. Tiba-tiba rasa rindu nak ponteng kelas, rasa nak main bola petang-petang ngan member-member kutu Leon Wanderers. FYI, Leon Wanderers ni kelas bola gua kt kampus. Antara kaki-kaki kutu Leon ni, muzammil yang merupakan injury prone kelab, syafiq affandy,striker botak kelab, Khairi Jamian, Center Back berbakat yang menangis masa Tottenhem kalah ngan Real Madrid aritu,  Fred Omar, tokey FO Shop merangkap manager kelab dan juga tak dilupakan ahli fisioterapi kelab, amirul arif dan ramai lagi player-player yang berbakat yang dikatakan mampu untuk bersaing dgn team olimpik malaysia. Kelab Leon jugak ada barisan WAGS yg tersendiri macam WAGS England. Our WAGS are awesome and SUPER Hot.

Oh ya, kelab bolasepak Leon jugak mendapat penajaan dari syarikat makanan kucing, Vitacat.


Jersi Leon Wanderers dgn logo Vitacat sebagai penaja.


 Moto kelab bola Leon " are you ready to rock you fucker!! "

p/s : terima kasih diucapkan kepada Vitacat dan juga CEO Vitacat, Suzalin Halim. :)
        klik sini untuk ke website Vitacat. ada gambar team leon wanderers kat situ.