Pages

Friday, December 3, 2010

Minyak naik?

Minyak naik lagi?

Makin naik la kos ak nak makan Nasi Kandar Hussin.
Bertambah rindu la aku kat mamak kat Nasi Kandar Hussin.
Makin naik la kos ak nk g tengok 2 Alam.
Minta maaf dR Jusmate lima.
Mungkin kos untuk aku berak di tandas GSC Centre Square juga akan meningkat.
Minta maaf Ane yang jaga tandas

Tapi satu je yang xkan meningkat,
Iaitu jumlah, kapasiti dan kepadatan rambut gua yang menyembah bumi tiap-tiap hari.

Gua duk mengenang nasib sambil dengar The Kooks - Always Where I Need To Be.



p/s : muzammil hairiri, kaki berbalut lu sgt hebat. Gua kagum!

Thursday, December 2, 2010

Antonov

Airbus A380? B-52 Stratofortess?
Kalau lu pikir tu da besar, try tengok Antonov nih.


Fat boy taking off.

6 Engines


Add caption

Biggest thing that can fly.

Made in Soviet


Buran on Antonov
Buran on Antonov

Lori kontena pun muat.

Antonov ni merupakan pesawat terbesat dan terberat yang pernah direka dan dihasilkan oleh manusia. Ianya dibangunkan oleh Soviet Union untuk program angkasa lepas meraka untuk membawa Buran, iaitu Shuttle Space Ship versi Soviet ke orbit. Tapi selepas Soviet Union runtuh, program tersebut terbengkalai. Walau bagaimanapun, Antonov masih lagi memegang rekod pesawat terbesat dan terbesar yang pernah dihasilkan oleh manusia.

p/s : so tell me, which me is bigger?

Sumber Disini

Sumber Disini 2

Sunday, November 28, 2010

potong stim

Gua dengar rumate gua bergayut manja mushi-mushi ngan awek dia di petang hari tadi,
Gua trasa jeles, potong stim mood gua nak layan Dota. Dah la gua newbie dalam dunia Dota ni, ingat nak train sebelum cabar raja Dota bilik gua, brader Lai, tpi bila stim gua dipotong, gua quit game. Walaupun gua da buat dua Butterfly, satu Vanguard, gua quit game jugak. Lantas gua capai hensem buruk X3 gua,
Yang berbaki kredit agak banyak. Dail no mak gua yg sekarang ni ad kt Mekah

Gua bergayut ngan mak gua, sembang-sembang hal dunia dan ukhrawi. Suruh dia ambik gambar unta sekor dua kalau ada terlintas dpan dia, ape cerita dengan Tasik Galilee kering ke tak lagi, kirim jubah arab sehelai dua nak wat pakai p solat jumaat, kena nasihat sepam dua ngan Hajjah baru tu, kena leter sikit-sikit sampai suhu telinga gua naik sedikit sebanyak. Gua dengar je ape dia ckp sambil gelak-gelak tengok muka incik dR Dua Alam 40 juta yang menghiasi  dada tabloid Kosmo sebanyak dua page. Nak jugak gua sembang ngan mak gua pasal perkembangan Dua Alam, tapi, nanti-nantilah tunggu dia balik minggu depan.




  " Puas hati. Ingat lu sorang jeke boleh gayut."

p/s : kepada incik muzammil hariri yang baru dapat baju metallica, pendek xpost gua ni?

Wednesday, November 24, 2010

People's Republic Of China dan Republic of China.

Apa beza People's Republic Of China dengan Republic of China?


Ok, bila kita bercakap pasal perbezaan dua buah negara ni, kita mesti tahu dua buah parti yang memainkn peranan penting dalam penubuhan kedua-dua buah negara.

Yang pertama adalah Parti Kuomintang yang merupakan parti Nationalist ditubuhkn oleh Sun Yat Sen yang bertanggungjawab menumbangkan Dinasti Qing yang merupakan kerajaan monarki terakhir China sekaligus mengakhiri pemerintahan sistem beraja di China yang berusia hampir 2000 tahun seterusnya menubuhkan Republic Of China. Akan

Yang kedua adalah Parti Komunis China yang ditubuhkan pada tahun 1921 di Shanghai. Parti Komunis China telah terlibat dalam perang saudara dengan Parti Kuomintang dari tahun 1927-1949.


Republic Of China yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1912 selepas Revolusi Wuchang melingkumi Tanah Besar China, sebahagian kecil Monggolia dan juga kepulaun Taiwan. Tapi, selepas perang saudara antara Parti Kuomintang yang memerintah Republic Of China dengan Parti Komunis China pada tahun 1949, yang mana Parti Kuomintang kalah kepada Parti Komunis China yang mendapat sokongan dan bantuan daripada negara Marxism, iaitu Soviet Union. Parti Kuomintang yang pada masa itu dibawah pimpinan Chiang Kai-shek terpaksa berundur ke Kepulaun Taiwan dan memindahkan kerajaan Republic Of China di Taiwan.

Manakala ditanah besar China, Mao Zedong pula mengumumkn penubuhan kerajaan People's Republic of China pada tahun 1 October 1949 selepas Parti Kuomintang berundur. People's Republic of China juga dikenali dengan nama " Red China".  Walaupun selepas berundur ke Taiwan, Chiang Kai-Sek masih menaruh harapan untuk merampas kembali tanah besar China dari Parti Komunis China dan merancang strategi untuk menawan kembali Tanah Besar China. Beliau mempertingkatkan kembali keupayaan tentera beliau dan membina kubu-kubu pertahanan di sekitar kepulaun Taiwan termasuk kubu pertahanan yang berupaya menahan kekuatan kuasa kemusnahan bom nuklear. Akan tetapi, nyawa beliau tidak panjang apabila belian menghembuskan nafas terakhir pada 5 April 1975. Selepas beliau mati, rancangan untuk menawan kembali tanah besar China oleh Parti Kuomintang berkubur bersamanya. Dan kesannya, kedua-dua buah negara Republic Of China dan People's Republic of China masih kekal sampai hari ini walaupun ada provokasi yang selalu berlaku antara kedua-dua belah pihak.


Jadi, sebagai konklusinya, Republic Of China merupakan sebuah negara yang dikenali sebagai Taiwan ataupun Chinese Taipei. People's Republic Of China pula merupakan sebuah negara Komunis di tanah besar China yang pada hari ini merupakan sebuah negara yang kuat dari segi ketenteraan, teknologi mahupun ekonomi dan mampu mengubah arah tuju dunia kita.

Saturday, October 30, 2010

mamak kedai yg kejam.

oh brader kedai mamak,
kenapa la lu cas mahal sgt nasik gua tadi.
cara lu cas nasik gua langsung xsehensem muka lu
sekadar nasik kurma sepinggan, ayam goreng seketul, udang sekor, milo ais
lu cas sampai RM16. lu sgt kejam.
klau lu nak tau, kafe kat kampus gua yg kejam tu pun cas gua xlebih pun RM5.
kalau gua tau lu cas mahal nak mampus,
baik gua tapau KFC je, xpun doublecheese burger mekdi je.
da la lu bikin gua malu. mati-mati gua ingat RM6, gua ulur jugak RM6.
gua ingat gua salah dengar tpi lu cas RM16 betul-betul.
melalau gua cekau poket gua cari duit tadi.
lu bikin gua malu dengan makwe sebelah gua yg gua duk usyar sebelum tuh.
gua kecewa....

Friday, October 29, 2010

saya teringat masa dulu2.

Gua sangat kagum dengan diri saya sendiri. Pasal apa? Itu yang kita nak tahu.
Gua kagum pasal da 2 hari gua xonline. Dan petang ni, hati gua tergerak nak online.
Gua bukan apa xonline, bukannya line broadband gua kena potong pasal xbayar, or laptop gua kena virus ke,
jauh sekali gua xonline pasal mentelaah pelajaran. .Malam final exam pun gua balun duk on9, layan anime, main kad Uno, ni pulak time cuti.

Di petang jumaat yang sejuk ni, gua tringat kat klasmate matrik gua dulu lepas baca entri kat blog salah seorang ex-klasmate matrik gua dulu. (Klik sini untuk entri tersebut) Ok, nama ex-klasmate gua yang buat entri tu nama dia Mohd Fadzlin, petname dia Pak Lin, asal Kuala Muda. Perasan diri sendiri Fahrin Ahmad. Student medic kat RCMP.Dua orang lagi ex-klasmate gua kat matrik dulu, sorang tu nama dia Solehuddin,  nama glamer Leh. Yang sorang ni perasan diri sendri Aaron Aziz. Sekarang ni student medic jugak kt Mansoura University, Egypt. Yang lagi sorang nama dia Wan Nor Hafidzi, org panggil di Chong Wei pasal muka dia mcm cina. Dan mak dia mmg chinese.

Klau nak cerita pasal mende buruk dorang ni, sgt banyak, gua malas nak taip banyak. Gu pemalas.
Jadi gua cerita pasal menda baik dorang jela. First, brader chong wei kita. Dia sgt baik bg gua. Pasal apa?
 Pasal dia slalu bg gua tiru dia punya tutorial math punya latihan. Boleh ckp, satu sem punya buku latihan tutorial tuh, gua balun tiru dia jer. Baik sungguh dia ni. Gua bkn apa, gua mmg bengap Math ni. Pasal tu gua p buat Law. Oh ye, beliau jugak sgt peka dengan rambut beliau. Kalau tunggu dia nak pegi kelas sekali tuh, ad la dekat 15 minit jugak tunggu dia duk bersiap. Duk belek2 rambut dia, susun-susun rambut dia. Bila dia da siap berkemas tuh, on the way g kelas, klau jumpa tandas, probability untuk dia stop kt tandas tu untuk tune rambut dia sgt tinggi lah. Gua kadang-kadang fed up jugak dgn dia nih. Tapi gua xtau kenapa, dia ni, klasmate perempuan kelas gua sgt suka dgn dia nih. Gua xtaw kenapa. Kalau gua, pak lin, soleh kutuk chong nih, mesti klasmate perempuan gua akan back up dia. Nak kata chong ni pondan, xla jugak. Dia ni gua rasa, sorang laki sejati lah. Kalau tak, xkan rambut belah tengah. Tapi masa sem 2, dia tukar fesyen rambut dia, buat rambut macam Korean Star. Sgt semat.( sarkastic). Hari ni hari jadi dia. So, Hepy Besday MyFriend. Gua xde hadiah nak bg. Cuma doa je gua boleh bg. Gua doakn lu sihat dan berjaya. Dan, cukup-cukup lah duk ejas rambut lu tuh. Da xnampk melayu da gua tengok.

Soleh ni pulak, buleh kata all the time duk lepak dengan gua lah time kelas. Pasal dia duk satu floor dgn gua kat hostel, so, g kelas pun selalu sekali lah. Gua selalu lepak ngan dia kat depan bilik kuliah, time tunggu kuliah start. Masa duk tengah tunggu kuliah start tuh, gua duk kutuk org2 yg lalu depan gua tuh dgn soleh nih.
Biasanya yang byk kena kutuk tuh perempuan lah. Ada je bende keluar dri otak playboy dia time kutuk org. Kalau gua duk lepak dgn dia, mmg gua xberenti gelak. Soleh ni jugak boleh kata dia ni sorang laki yang charming lah. Ramai jugak makwe-makwe yang melekat dkt dia nih. Gua ad ingat yang sorang minah ni duk minat kat dia, tapi soleh ni buleh duk kutuk minah tuh dgn gua. Sgt celaka. Oh ye, awek dia time matrik dulu sgt hot. Gua tengok pun tergoda. (Sory leh, hahaha). Gua p library, nampak je dia ngan awek dia duk dating. Time experiment kimia ngan bio lak, gua slalu partner ngan mamat nih, dan dua org lagi klasmate laki gua,  pasal dia ni terlampau genius, kiteorg slalu siap awal experiment kiteorg. Kalau siap awal, eksperiment tu berjaya xpe la jugak. Tapi eksperiment kiteorg slalu je gagal. Bila da gagal tuh, soleh buat muka hensem dia p mintak result eksperiment dengan group perempuan. Gua pulak buat muka comel (klasmate perempuan gua ckp gua comel, sumpah) p mintak kat group perempuan yang lain. Lepas duk puji sikit2, goda sikit2, kadang2 tuh dicemuh oleh klasmate perempuan kiteorg, akhirnya kiteorg dapat jugak result eksperiment. Bila da dpt tuh, p tunjuk kat lecturer, kene puji pulak dgn lecturer pasal siap awl, pastu dpt result yang betul. Kiteorg bangga. (Walhal eksperiment siap awal tuh gagal dan result pulak cekau kat group lain.

Manusia terakhir sebagai klasmate laki gua kat matrik dulu pulak dipanggil dgn nama glamer, Pak Lin. Yang gua rase celaka sgt dengan dia nih, dia duk asyik duk ngaku diri sendri Fahrin Ahmad. WTF? hahahahaha.
Dia ni buleh kata ulat buku jugak lah. Asyik study. Klau gua p bilik dia, ada je buku terbukak atas meja dia tuh. Gua xtaw lah dia saja bukak pasal nak tunjuk yang dia study kat gua nih. hahaha.  Gua slalu ckp kat dia, gua ckp kat dia yang gua ni, bilik da tua nanti, kompem byk penyakit, so, gua suruh dia study rajin-rajin, jadi private doktor gua nanti. Gua kn politician. (Lin, mung ingt dok?hahaha) Pak Lin ni jugak salah sorang partner gua nak time nak kutuk org selain soleh. Org yg slalu dikutuk selain dri perempuan yang duk lalu dpn kiteorg, Chong Wei. Dia lah yang slelau jadi mangsa kutukn ak, pak lin, soleh. Tapi, klasmate perempuan kiteorg slalu je back up. Geram jugak lah. Dan jugak jeles. ahahahha. Selain dri tu, kiteorg jugak pernah kutuk lecturer  yang nampak agak annoying. Pak Lin ni jugak komander pasukan kawad KMPP. Yang gua xsangka, buleh dia sangkut dengan assistant komander dia, terus kapel. Tapi dia ni mmg kool, da ada kapel hot pun, duk sibuk usyar klasmate perempuan kiteorg, Sakinah.(Jolo dok lin?hahah) Yang gua syok duk tengok bila dia duk ngorat cik Kinah nih, dia slalu je kena reject. Brader Pak Lin kita ni jugak merupakn sorang ketua kelas yang berdedikasi. Kesian kat dia, slalu abis kredit pasal jadi ketua kelas.

Itulah 3 org kaum adam kelas gua. Kelas gua dulu ada 4 org je kaum adam termasuk gua. Sebenarnya ada 7 org. Tpi 3 org blah p tempat lain. Kiranya beruntung jugak lak kiteorg nih, nisbah laki kelas kiteorg 1:7.
Gua harap, one day, kita dapat jumpa lagi, dapat gelak sama-sama lagi. For now, struggle to realise your dream my friend.

p/s :

gua serius nak habiskn game Call Of Duty : World At War sebelum pukul 7 pagi esok. Gua nekad xnak tido mlm ni. Mungkin mandi pun tidak. Tapi solat itu akan gua tunaikn. Kan solat itu wajib. Kn?
Doakn gua berjaya. Peace. (Main kad Uno sgt best.)

Wednesday, October 20, 2010

Kenapa.

Kenapa Buletin Utama TV3 sekarang penuh dengan berita-berita pasal parti pemerintah negara.
Gua bukak berita TV9 pun berita pasal parti pemerintah negara.
Berita TV1 apetah lg. Sampai naik muak gua.
Gua nk tengok berita update pasal jemaah haji pun xleh.
Spoil sungguh mood gua nak tengok TV. 
kerana gua terlampau muak,
gua terpaksa layan berita ntv7 yang berbahasa penjajah kita dulu.
walaupun sepatah haram gua xfaham,
gua terpaksa layan jela gambar pembaca berita.
ingat nak layan berita tamil kat tv2,
tapi rtm da tukar waktu siaran berita tamil kt tv2 ke pukul 6 ptg.
Oh, gua kecewa lg.

Tuesday, October 19, 2010

Selamat Jalan Mak, Ayah

Semalam gua berkunjung ke lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu untuk menghantar mak dan ayah gua pergi haji. Masa yang sepatutnya mak ngan bapak gua daftar untuk flight sepatutnya pukul  5 petang, tapi kerana abang sulung gua ngan bini dia berfikiran jauh, mereka cadangkan supaya kami semua bertolak ke airport awal sikit. Tapi gua rase bukan awal sikit, awal banyak sbnrnya. Pukul 12 tengahari, konvoi menghantar mak ngan bapak gua bertolak selepas sedikit bacaan doa dan juga laungan azan oleh Pak Imam masjid kampung gua yang gua xberapa kenal dan kamcing sgt pasal gua jarang berkunjung ke masjid kecuali pada hari Jumaat. Tu pun sekejap je gua pergi. Sampai kat masjid, Tok iman da nk habis baca khutbah jumaat.

Sampai je kat airport, gua nampak pakcik polis yang senang kawal keadaan kat airport yang sgt sesak. Mana xsesak, nk hantar sorang je jemaah haji, tapi yang eskot tu dekat 10 orang. Macam mak ngan ayah gua, dekat 10 bijik kereta yang eskot yang terdiri dari family gua saje da 5 buah, jiran-jiran gua lagi, mertua-mertua abang ngan akak gua lagi, member-member kamcing mak gua lagi, geng-geng bapak gua lagi. Tu baru mak ngan bapak gua je. Bayangkan beratus jemaah haji yang nak berlepas semalam, agaknya brape orang yang datang just nak eskot?

Pasal gua boring sangat semalam duk tunggu mak ngan bapak gua check in untuk flight, gua naik tingkat atas airport, lepak kat kerusi urut depan eskalator sebelah cafe sambil duk minum coke dan melayan pemandangan pramugari-pramugari yang cun tengah makan kat cafe tuh. Memang cun. Pakai kain belah tapi pakai tudung.
Bila dorang lalu depan gua, gua ingat nak usyar jugak sikit-sikit, tapi lepas gua berfikir macam manusia normal, gua rasa, gua terlalu muda untuk mengusyar pramugari-pramugari tersebut yang loaded nak mampus dan mungkin berumur dari gua lagi. So, gua simpan niat gua nak mengusyar pramugari untuk 7 tahun akan datang. Gua target, bila gua da jadi lawyer, baru gua nak usyar pramugari. Inilah cita-cita bodoh gua.

 So, kepada mak ngan bapak gua, selamat menunaikan ibadat haji dan selamat kembali ke tanah air kembali.





Kerana terlalu lama menunggu, kiteorg sempat picnic kat airport lagi.

p/s : Baru sehari mak gua ngan bapak gua xde. Gua da rindu.:(

Saturday, October 16, 2010

Anda sedih?

‎ ''I suppose I do get sad, but not for too long. I just look in the mirror and go, `What a fucking good-looking fuck face you are.` And then I brighten up.''

 

 Gua pun blah dari cermin, ambil headphone, sumbat kat telinga, layan lagu Siti Butterfingers - Lengkap Semula

 

p/s : ahahahahaha

Tuesday, October 12, 2010

Mintak maaf kucing.

Kepada kucing yang dilanggar oleh gua tadi, gua nak mintak maap banyak-banyak.
gua bukan ape, gua xde dendam pape ngan kerabat kucing, malah gua suka sgt kucing
gua cuma xprasan lu duk syok betenggek tgah jalan tadi.
Dah la lu hitam macam member gua, lagi la gua susah nak nampak.
Lau lu nk taw, lain kali, jgn duk betenggek tengah jalan lagi. Nanti kena langgar kalau orang xnampak lu.
Kalau lu sama besar ngan kereta Persona abang gua yang baru beli sebulan dah rosak
dia punya pemancut air cermin depan, xpe la jugak, sempat gua tekan brek.
Tapi, lu kucing, pape hal pun, gua sebagai manusia ni yang salah.
So, lu mmg xsalah, gua taw, dlm kes ni, gua yang salah.
Yang penting sekarang ni, gua harap lu xsaman gua.
Walaupun gua tau lu xbaca blog gua ni, tapi gua nk ckp jugak mintak maaf pasal terlanggar lu.
Yela, lu kucing, ape lu taw kn?Lu ada otak, xde akal kn?
Tapi lu lagi baik dari kaum kerabat manusia yang ada otak dan akal,
tapi xreti nak guna akal. Buat perangai setan.
So kucing yang gua xtaw nama tu, gua mintak maap
Kalau lu ada tuan, gua mintak maap kat tuan lu jugak.



p/s : bole x sedekah al-fatihah kat kucing?

Monday, October 11, 2010

Mistakes of Hitler


Adolf Hitler. 
 A name that can make the jews shitting in their pants. A guys that slaughter  millions of jews. A Third Reich Fuhrer that turned the prosper and rich Europe continent into the sea of blood in the blink of eyes. The man that spoken about the “ Final Solution for the Jews problem “. A Man still a man. No matter how great he
was, he will make a mistakes. Napoleon Bonaparte, Emperor of France, bring hundred thousands of his army across europe continent in a bloody cold winter in order to conquer Russia. He did not only lost the war that not even start, he also lost hundred thousands oh his army. The are a story that describe only 20 000 of its army make it back to France from hundred thousands of his army. Same with Hitler, he is just a human. Little pathetic and weak human, he surely also will make mistakes.
Hitler first crappy mistakes was, 
he didn’t cross English Channel to conquer British Archipelago eventhough at that time his Wehrmacht at the peaks of power. Instead of cross English Channel, Hitler just order its minion to build  Atlantic Wall across the west europe from northside of  Norway to the southern side of France. Hitler just ordered its Airforce to do the bombing on the London and other major cities of British and also ordered the U-Boat attack an Allied Navy and commercial ship instead of taking Britain by cross English Channel. Because Hitler didn’t got the balls to cross English Channel  to captured the British Archipelago, its being use as the Allied base and forward operation base to invade Europe especially by the US Army.  An invasion of Europe where the infamous 101st Airborne are involved are being launched from England@Britain.

Another silly mistake commited by Hitler here is that,
he launch an attacks towards Soviet Union.  Why did he wage a war againts a Soviet Union? Some people believe that he hate Communism so much. There are also believe that he open an Eastern Front war because to settle things with the Joseph Stalin. Private things. Soviet Union Highest leader at that bloody time. And here, on the Eastern Front, born a Soviet hero name Vasily Zaytsev who is a sniper. He kills hundreds of Nazis. Vasily is a legend in Sovie Union. There’s even a film about him title Enemy At The Gates. The result from opening Eastern Front theater of war, Third Reich experienced short handed of manpower, ammunation, weaponary and etc because German being flank from West and East side.  From West Front,  United States of America, Britain, Canada, France and other Allied Forces is coming. From east, Red Army is marching toward the Third Reich heart, Berlin. United States of America already a big trouble, strong enemy that hard to be defeated by the Third Reich, and there is Soviet Union that have great number of troops at that time. Being in war with two greatest country, do you expect to win? Thats why Japan sign a pact with Soviet that said the Japan and Soviet would never go to war. Eventhough they are neighbouring country. Japan already have enough trouble with US and British.
The time when the Soviet arrived at the front door of Berlin, there are 2.9 Millions Red Army, surrounding Berlin, compared to the Nazis that defend the Berlin, just around 40 000. So, what to expect except than surrender? Want to withold Berlin with just 40 000+ army againts 2.9 Millions Red Army? Even Hitler, the Third Reich Fuhrer didn't expect its troop can defend Berlin from the bloodthirst Red Army. Hitler committed a suicide by shots his own bloody head using a Luger or some other peoples said he using Walther PP. I didn’t sure what kind of weopon he use to blown up his head. Even before he shot his head head, he still can told his minions to continue the guerilla war againts an Allied.

p/s : Pardon me for my sucks english mate. Just trying to start writing in english.

Friday, October 8, 2010

kawan hensem saya.

gua ade member.
nama member gua tuh Nurhashimi
nama manja dia shimi.
beliau hensem.
awek pun ngetop.
study pun hebat.
gaya sangat bergaya
kaki surau.
kalau time terawikh kat kampus gua.
saudara shimi ni memang muka regular lah.
lepas solat, dia xterus melangkah pulang,
beliau lipat sejadah dulu,
baru bergerak menuju kebilik.
dengan muka yang bercahaya.

dia bukan rumate gua,
tapi rumate dia ckp, muka dia bercahaya dalam bilik.
hatta disaat berDota sekalipun, tetap bercahaya.
tapi, masa berak gua xpasti lah.
itu bergantung atas keadaan semasa dlm tandas lah gamaknya.

entri ni gua buat khas untuk beliau.
gua takut dia mati kalau gua xbuat entri.
dia mrayu-rayu kat fesbuk gua,
ckp xleh hidup tanpa entri gua.
gua sayang dia.
gua tak nak dia mati.
jadi gua buat entri ni.
gua da selamatkan nyawa seorang kawan gua yang hensem.
muliakan hati gua?



bukti dri fesbuk gua.


p/s : gua harap dia hidup lagi. 2 hari gua terlambat buat entri ni.

Saturday, October 2, 2010

Masa cuti.

Masa yang terluang semasa cuti sem kali ni saya nak manfaatknya dgn betol, munasabah dan berilmiah. Gua akan rajinkan kaki saya untuk menekan pedal minyak kereta Viva mak Gua untuk ke Perpustakaan Awan Negeri Terengganu yang memang terkenal sebagai port dating kapel-kapel hot yg educated dan juga sebagai gudang ilmu untuk rakyat Terengganu. Dengar khabar, wifi disana sgt laju. Bolehlah gua download Gundam Seed dan Gundam Seed Destiny dan jugak sedikit sebanyak drama-drama jepun dan jugak sedikit-sedikit movi yg pastinya bukan Dua Alam sementara gua menjalankn research gua. Dengan menggunakan wifi untuk mendownload cerita-cerita pilihan hati, gua xpayah risau pasal download limit macam Broadband.

Oh ya, research gua tu gua ingat nk buat research pasal World War 2.

Tapi gua rasa, mustahil gua nk jalankan research tersebut pasal climate dan atmosphere kat library tu sangat sesuai nk buat mata gua tertutup. Pasal tu, gua ingat nk usyar akak library tu untuk kasi gua bawak megi masuk dlm library. Baru gua xngantok. Buat research sambil makan megi. Tapi member gua ckp megi tu yahudi punya. Harus diboikot. Tapi member gua tu pun kaki McD. Sebelum gua mengundur diri, gua nk cakap, kalau research gua tu berjalan lancar, gua akan share ape yang dapat dgn research gua tu kat blog ni. Tu pun kalau gua buat lah research tu. Tapi gua xjanji lah. Pasal ada orang cakap, kita xleh berjanji masa kita tengah hepy. Kita akan mudah mungkirinya. Gua xtaw la btol ke x. Try la kalau xcaya. Buat research sendiri ye. Tapi gua rasa semua tu gebang.

Assalamualaikum dan selamat pagi.





p/s : gua tengah layan One Piece 598 pasal nak kasi hilang rindu dekat orang jauh. 

Thursday, September 23, 2010

Azam gua

Gua berazam lepas ni gua habiskn sekotak rokok shari. Agak best rasenye. Agaknye, brapa lama masa yg diperlukn untuk gua dapat kanser dgn menghisap rokok dgn kuantiti mcm ni?hahaha..dpt mati awl, da xde msalah da kena pikir. xde r org nk benci da.

p/s : merokok membahayakn kesihatan. bole p mampus!hahaha

Wednesday, September 22, 2010

Kagum

Tadi, semasa gua dlm perjalanan ke Center Square untuk mengepos sesuatu kepada seseorang, tengah gua duk syok2 drive kreta Perodua Kancil 660 yang disewa dri Gemilang 30, gua berselisih dengan kerata Lamborghini Murcielago kaler merah. Shit, gua terkejut, xpernah gua tengok Lamborghini Murcielago  live. Gua terkedu, terkelu. Sampai gua langgar trafik light tadi.  Lamborghini Murcielago ni antara kereta terpantas dan termahal di dunia. Klau nk test speed dengan Lamborghini Murcielago ni, at least lu org kena ad Pagani Zonda. Klau stakat Kancil, mahupun Persona, jangan harap lah. Gua rasa kagum bile tgk Lamborghini Murcielago. Sangat hebat. Walaupun gua xpernah drive lagi keta ni, tpi gua dpt rasakan kehebatan dia bagaikan kucing yg dapat rasakn kesedapan seekor ikan.



Lamborghini Murcielago

Pagani Zonda

Zonda rear side



 

Gua suka The Stig dlm Top gear.

Bila la agaknya dia nak test drive kereta Kancil. Gua blanja dia nasi kandar kat Restoran Nasmir  Lagenda Heights klau dia brani test drive Kancil. Walaupun gua taw harga makanan kat situ mahal. Nasi Lemak ayam pun da RM 5.Tu pun klau dia brani lah kn.


 p/s :  if you love something, fight till the last drop of blood to get it. never give up  :D

 

 

Sunday, September 19, 2010

Toilet yang hebat



Entri kali ni agak lucah, jgn tengok klau anda ragu-ragu





































p/s : agak-agaknya, ad x kat malaysia signboard mcm ni?



Thursday, September 16, 2010

Lagu Cikgu


p/s : gua salute sape yg buat video ni....mmg sengal..hahahaha

Tuesday, September 7, 2010

Cara bergurau dgn rakan anda

Gua ade beberapa cara yang boleh anda semua gunakan untuk bergurau dgn rakan-rakan anda semua untuk mengeratkn silaturrahimsempena hari raya yg bakal mengjelang tiba ni
Berikut adalah cara-caranya :-



Cara Bergurau 1

Cara Bergurau 2
Cara Bergurau 3

Cara Bergurau 4 - Yang ni gua paling suka
Cara Bergurau 5

Cara bergurau dgn org berambut kerinting


Gua yakin kalau anda semua guna cara macam di atas ni untuk bergurau, paling tidak pun anda semua akan dapat penyepak kasih sayang dari rakan-rakan korang yang dibuat gurau tuh. Pilih-pilih yang mana anda semua suka. Gua xbertanggungjawab dengan perbuatan anda semua. Berani buat, berani tanggung.


p/s : gua masih mencari seekor anak kucing baru bg menggantikn Patrick gua. Sesape yg ada, tolong sedekahkn kt gua lah ye kalau boleh. Anak kucing ye, bukan anak anjing. Kitten, not Puppies. Dan, jgn main mercun!

Thursday, September 2, 2010

Jari.

Bunuh Diri
Mengandung


Macho

Nerd
Son Goku
Hot babe
Bob Marley

Penanam padi
Sheikh Muzaffar?NO!
Ninja
No Komen.


p/s : ini semua bukan jari gua. gua dapat ni semua dri google search

Tuesday, August 31, 2010

Berita buruk

Semalam, lepas gua jawab test Law dgn tunggang langgang, yang gua yakin test gua tu fail,
Macammana xfail, hantar kertas kosong yang bersih lagi kat lecturer gua balik.
Gua bukan ape, gua ni pembersih, xsuka kotor-kotor. Gua malas nak tulis atas kertas tu. Nanti kertas tu kotor. Gua xsuke. Jadi, gua tinggal je kertas tu kosong. Tapi bukan semua kosong lah. Nanti kena maki ngan lecturer gua pulak pasal xjawab langsung.
Gua cume gua 3 helai dari 4 kertas yg dibagi. Tu pun ada byk lubang-lubang. Gua bukan apa,
Gua pikir, at least, gua dpt jimatkn penggunaan kertas sekaligus menyelamatkn pokok-pokok dari ditebang dan secara tidak langsung, gua jugak telah menyelamatkn Bumi kita ni. Bagus kn?

Berbalik kepada crite gua yg sebenarnya,
Gua dapat kol dari mak gua yang yg tercinta. Dia menyampaikn berita yg kurang enak didengar.
Tambah-tambah lg Kerana Aidilfitri yang makin menjelang tiba.


  " Patrick xdok doh "


Itu yg gua dgr dri mak gua smlm. Gua tersedak. Gua terkesima. Gua speechless.

   " Shit "

Itu yang tibe-tibe terlintas di fikiran gua. Gua cakap dlm hati gua.
Nasib baik gua xcakap, klau x, komfem kena belasah dgn mak gua.
Xleh beraya lah gua macam Patrick. Xpun raya kat hospital
Jangan salah faham, gua bukan nk ckp kat mak gua. Gua cume terkejut.
Lagi terkejut dari gua hilang selipar jepun kat masjid masa solat raya.
Patrick tu merujuk kepada kucing kesayangan gua. Kaler putih campur kelabu. Jantan.
Kucing yang gua slalu belasah peluk cium, tido sekali masa gua ada kat rumah.
Patrick gua ni boleh masuk kategori kucing veteran lah. Dah tua. Dah nyanyuk.
Kadang-kadang Patrick ni gigit gua. Dan gua membalasnya dgn penerajang.

Gua da bela Patrick sejak gua Form 3. Lepas gua habis PMR . Gua ambik kucing ni rumah Kak Laily.
Kwn baik mak gua. Kucing ni kucing org buang. Kesian gua tgok.
So, gua pungut, gua jaga, gua bg perlindungan, gua bg mkn whiskes, kadang-kadang tulang ikan,
gua buat lepas geram masa gua kalah main PES, gua jugak buat Patrick teman tido gua.
Nak buat macam mane kn, bini xde lg nk teman gua tido.
Hancur hati gua lepas dgr berita ni macam hancurnya pinggan nasik yang hancur dibaling oleh para isteri kepada suami mereka yang curang. 
Gua baru ingat nak belikn baju raya Whiskes untuk Patrick time gua nak balik minggu depan.
Da lame gua xbelanja dia. Pasal gua da lama xbalik umah.Tahun ni gua beraya tanpa Patrick.
Kalau boleh gua nak nangis je. Tapi gua ingat pesan seseorang yg pesan kat gua,
" LELAKI DILARANG MENANGIS..LELAKI KENA TABAH !!"
Gua ingat pesan minah ni. Gua janji gua xkn nangis lagi.
Tapi, gua memang xpernah menangis ape?
Last gua nangis gua ingat, masa gua sunat masa gua darjah enam.
Tu yang paling last gua nangis. Pasal lepas gua sunat, gua da jadi lelaki sejati.
Gua teruk kena kutuk ngan abg gua masa gua nangis. Dia ckp gua manja.
Pale hotak lu, gua sakit lah ngok! .


Gua dalam keadaan yg sedih melampau, terus layan lagu Oasis - Stop Crying Your Heart Out,
dan semasa gua duk tengah layan lagu oasis tuh, gua tengok cermin,
terdetik dlm hati gua, fuulaamakkk, muka gua mcm vokalis Oasis lahh, Noel Gallagher.<--ini bulshit
Gua mampu tersenyum kembali. -:)


p/s : Sunat sakit wooooo...kn org laki??T.T...

Sunday, August 29, 2010

Kawan saya

 Saya ada sorang kawan
Kawan saya ni saya  pgil dia S lah.
 Dia ni nmpak agak tough dri luarnya. Tapi kt dalam dia amat jiwang.
Semalam saya nmpak dia dok nangis kat tempat parking motor kat kolej gua.
Saya tye dia knape?
Mula-mula dia malu nak cerita, dia malu.
Tapi lepas saya pujuk rayu dia, akhirnya, dia setuju untuk cerita kat gua.
Dia kate dia gaduh dgn makwe dia. Makwe dia mintak putus.
Saya tye knape?
Dia ckp, mak makwe dia xleh trima dia. Pasal dia muda lg setaun dari dia.
Lah, pasal tu ke?Kau nk nangis mcm ni?
Antara dua kalau laki ni nangis kerana perempuan,
Pasal dia mmg manja ataupun kerana dia sgt sygkn perempuan tu.
Tapi saya xrasa dia manja.
Fail test dua tiga kali pun muka masih selamber
Dia ckp lg, masa dia tgah ckp dgn makwe dia, tibe-tibe makwe dia letak phone.
Dia kol balik smpai bpuluh kali.
Dia cube dan cube.
Akhirnya makwe dia angkat.
Saya kesian melihat member saya ini.
Dia sgt down dan stress.
Nak study pun malas dia kate.
" Bengonglah kau ni, jgn la smpai xnk study" saya berkata kepadanya
Saya nasihat dia, perempuan ni buleh jd dua perkara pada kita.
Satu boleh jd penawar, satu lg jadi racun pada kita.
Semuanya bergantung pada kita nk jdikn perempuan tu penawar atau racun pada kita. Kn?

Dan ptg tadi, saya tengok muka dia tersengih-sengih.
Saya tanya kenapa,?
Dia jwb, dia sudah baik balik dgn makwe dia.
Makwe dia kol ptg tadi. Da baik dah
Makwe dia salah mkn ubat agaknya.
Tu yang mroyan xtentu pasal semalam.
Da byk kali dah menda ni jadi, tapi member saya tu still kool.
Saya respek sgt kawan saya tuh. Sgt penyabar.
Untung makwe dia kalau pandai manfaatkn kawan saya tu.
Tapi rugilah makwe dia kalau xreti manfaat kawan gua tu.
Lah, yang semalam gaduh sampai nangis mcm mati kucing tu kenapa?
Hadooiii...saya bingung.
Tapi, ape ape pun,
Baguslah, bolehlah dia study balik.
Final exam dah dekat.
Sudah-sudah lah tu gaduh ye.


p/s : member saya ni kememe kn? tapi rumate saya lg kememe..hahaha

Saturday, August 28, 2010

Solat sunat hari raya


"Gua ingat nak solat sunat Hari Raya Aidilfitri
kat Masjid Al Aqsa sekali sebelum gua mati "


Masjid Al Aqsa



p/s : gua harap gua sempat tengok pembebasan semula Al - Aqsa sebelum gua mati. Amin


Thursday, August 26, 2010

Hadiah Untuk Ibu

Gua skrang ni sbnarnya dalam dilemma. Ape yg patut gua bg kat mak gua sebagai hadiah besday dia.
Sebenarnya, kalau gua ikut darah tinggi muda gua ni, nak je gua bg album Iron Maiden - The Number of Beast, takpun paling kurang album Oasis - Whats the story. Gua taw mak gua rokes, tapi, kerana besday dia time puasa, xpatut la gua bg Album Iron Maiden atau oasis kat dia kn. Rock-rock jugak, jgn la bulan puasa ni dilupakn.

Pastu gua ingat nk bg sejadah pasal mak gua ni suka solat. Bkn solat 5 waktu je, mak gua ni pun slalu gak solat hajat untuk anak-anak dia. Tu pasal lah antara salah satu dari bejuta sebab gua respek dan sayang di. Tapi, abg sulung gua da beli sejadah untuk mak gua. Dia tempah ngan member dia yang buat umrah aritu. Tapi gua dgr member dia beli sejadah tu kat Padang Besar je. Abg gua kena kencing je.

Then, gua pergi kedai apek cina nak tempah baju kurung untuk mak gua, tapi, tibe2 gua dapat kol dari akak gua yang baru kawen taun lepas dia ckp dia ngan laki dia dah tempah satu untuk mak gua. Dia suruh gua bg hadiah laen. Celakak, pasal gua ni anak bongsu, senang2 je dorang arah itu ini. Gua terpaksa ikut. Gua termenung seketika di dlm restoran milik yahudi laknatullah, MekDi. Gua pelik, pesal sume org cine je dlm MekDi ni. Pastu gua perasan org melayu yang lalu lalang, berjoging, mengumpat, berdating kat luar MekDi tu tengok gua dengan jelingan yang keji dan menghina. Apehal?Gua taw r gua hensem mcm Jonhny DeepShit, xpyah r dengki ngan gua pasal tuh. Lepas 10 minit kemudian, member gua datang menyapa dari belakang dengan cara yang agak kurang hajau iaitu dgn mendebik belakang gua. Tercarut la gua ni pasal terkejuk. Celake lu, bikin gua terkejut. Lepas maki hamun member gua yang celakak tuh, gua dgr dia berbicara, " lu pehal lepak dalam MekDi time bulan puase? Bodoh macam Pak Guard la kau ni.(member gua ni mmg benci pak guard). Oh shit, gua lupa ni bulan puasa. Gua baru ingat nak order Big Mac tadi.

Akhirnya, selepas gua berfikir panjang, selepas berdiskusi dgn Ane yang berbangsa India yang kutip cukai tandas depan GSC Central Square dan jugak selepas menggatal ngan akak MekDi yang bru nak masuk syif kerja petang, gua mendapat idea untuk bagi seekor anak arnab je kat mak gua. Gua tye ane jaga tandas tuh, sekor anak arnab di dlm RM30 je...nk yang da besar, dlm RM50. Gua terus mintak kontek apek tokey arnab dgn anak tersebut. Tapi gua terkesima pasal dia mintak no phone gua sbgai "bargain chips" untuk no apek arnab tersebut. Gua xkisah, janji gua leh bg arnab sekor kat mak gua. Gua taw mak gua skrang ni sunyi. Duk kt umah ngan bapak gua je. Kucing pun tinggal 2-3 ekor je lagi. Kesian gak gua tengok. Nak suruh bini gua teman, gua xde bini lagi.

Gua malas nak cerita lagi. Dipendekkn cerita, gua suh abg gua beli arnab tu, suruh dia bg kat mak gua. Ckp gua bg. Walaupun abg gua beli guna duit dia. Sekian.



p/s : Gua pelik kenapa mak gua suka pink. Sama dgn si dia. Takdirkah?Atau kebetulan?
        Dan cerita di atas adalah 80% fiksyen, 20% fakta

Tuesday, August 24, 2010

Baju Raya.

Mak gua baru kol gua skejap tadi.
Gua sembang ngan mak gua guna loghat kelantan.
Klau sape-sape xpaham tuh, leh tanya gua pas ni.
Da lame xsembang ngan mak gua.

Berikut adalah perbualanya :

Mak gua = " assalamualaikum. anok mok wat gapo tuh?"

Gua jawab = " waalaikummusalam. baru balik dating terawikh mok"

Mak gua = " bagus anok jate mok ni" . " adik nok baju rayo warno gapo?"
                 " mok nok suroh ore jahit nih "

Gua  jawab = " kaler ite (hitam) lah mok. napok semat sikit"

Mak gua = " ite xlawa. mok jahit kaler pink la deh. pink comel. bereh? "

Tu dia, kaler feveret mak ak. Dah la rumah dah cat pink. Baju raya gua pun nk bg pink?

Gua jawab = " ikut suko mok lah. ore ikut jah."

Mak gua = " gitu lah anok mok. gi stadi nuh. toksoh nok sibuk gayut nge gewe pulok. assalamualaikum "

Gua jawab = " hahaha. mok lah gewe adik. waalaikummussalam"


Gua sbgai anak celake mithali pun ikut la ckp mak gua.
Gua taw, lawan cakap dia pun gua xkan menang jugak.
tapi dalam hati gua ni, penuh rase malu, kecewa, sadis, tertekan, emotional dan etc
gua terbyang dlm kpala gua,
xkan gua nk pergi beraya rumah member-member gua
yang profesen dorang sbgai mat rempit sepenuh masa
dengan memakai baju melayu berkaler pink?
konfem gua kena kutuk.

So, gua pun bermasturbrasi berfikir panjang.
Masa jawab test psikologi semalam pun xde lah pikir panjang macam ni
Akhirnya, gua tekad untuk menggunakn uniform dibwah sebagai baju raya gua










Cun tak baju raya gua tahun ni?
Kain pelikat + baju pagoda + kopiah putih(pinjam ngan bapak gua boleh)
Lepas ni. Gua nekad. Gua nak kol mak gua balik.
Suruh dia cancel baju melayu pink yang dia tempah untuk gua.
Dia nak parang gua pun, parang lah.
Gua xrela pakai baju raya kaler pink!



p/s :  Baju raya mahal ke, murah ke, cantik ke tidak, semua tu xpenting.
        Bak kate rumate gua, keikhlasan itu penting.

Sunday, August 22, 2010

Target

Lagi 1 jam gua ade test Psikologi.
Tapi berdasarkan ilmu Psikologi yang sikit didada gua,
Pasal sibuk berterawikh sampai xsempat nak study,
Gua target score 4/10 paling byk,
Tambah markah kesian lecturer 1 markah,
Boleh la 5 markah,
Da lulus dah tu.
Pandai kn gua family planning?

p/s : rumate gua ckp cita2 dia nak bukak gerai burger lagi 10 tahun.Bagus kn?
   

Thursday, August 19, 2010

Spy Arms > 1



Delta Pen
 

Nice pen huh?

Sesuai untuk cikgu-cikgu sekolah yang selalu dibuli
dan takut dipukul oleh murid-murid.
dan juga untuk ketua-ketua darjah
yang langsung tak dhormati oleh anak-anak buah
dan jugak untuk budak-budak sekolah menengah
yang suka gaduh dan samseng
dan jugak untuk makwe-makwe kt luar sana 
untuk perlindungan diri dari buaya-buaya gatal
ok, itu gua tipu.
Ni sebenarnya pen agen-agen FBI
Dan jugak untuk spy-spy CIA
Macam chuck.
 Gua ingt nak jdi jadi dealer menda-menda mcm ni lah
Sumpah kaya


 p/s : love hurt, but sometimes it is good hurt.







Stop crying you heart out

 Oasis - Stop Crying Your Heart Out

Hold up... hold on... don't be scared
You'll never change what's been and gone
May your smile... Shine on... Don't be scared
Your destiny may keep you warm.

Cos all of the stars are fading away
Just try not to worry you'll see them some day
Take what you need and be on your way
And stop crying your heart out

Get up... Come on... why you scared
You'll never change what been and gone







Human heart will always keep changing. Thus, don't expect that any happiness that u are having with any human right now, be it ur family, friends or girlfriend or boyfriends will stay that way forever. They will change someday. All the sweet memory with them will just fade away just like the stars being engulf by the night cloud when someone who is important to you change. You feel that the whole world around you become so damn pitch black. Just stop crying your heart out when this shit happens. It is a normal thing. What kind of promises did you expect from a creature name "HUMAN"?All of that promises is bullshit.
Your friends?they can stab you from the back. Ur boyfriend or girlfriend?they can cheat on you behind your back dude. Your family? They can betrayed u.

But how about god?Did god ever betrayed us?Cheat on us?Stab us from the back?Hell no!
 The promise from god is the one that u can count for. In god we believe, in human i don't damn believe.

p/s : This song keep my spirit running when whole of will down shit to hell. Thanks Noel Gallagher for writing this awesome song.

Wednesday, August 18, 2010

Tensenkah?

Dalam duk tensen hari ni dgn urusun duniawi tanpa ada orang yang boleh tolong untuk redakan ketensenan gua ni macam dulu, gua jumpa cara terbaik nak ilangkan tensen, gua maen game Company of Heroes. Dalam game tu. gua guna askar Nazi German. Time duk kusyuk main tu lah, gua jumpa kereta idaman gua untuk ke kuliah disamping boleh meredakan ketensenan kepala gua dengan masalah duniawi yang celake. Dah tak de orang nak buat mengadu masalah gua ni, gua ambik jalan singkat, jalan mudah, bukan smoking, bukan ambik dadah, bukan bukak puasa, bukan layann porn Maria Ozawa ataupun Stoya mahupun Shasha Grey dan yang pasti bukan Ariel Peterporn, tapi gua maen game. Puas hati. Dosa xdapat. Kesihatan terjaga. Kredit x habis. Duit jimat.

Game Company Of Heroes. Game pasal World War 2



Tiger Ace tank. The Best tank in Nazi army. Inilah dia kereta idaman aku.
Gua jeles dengan mamat Nazi tu leh lepak atas Tiger Ace.
Sumpah best lepak dalam ni

Inilah kereta impian gua, Tiger Ace. Kalau gua guna kereta ni bawak pergi kuliah, komfem gua boleh pergi kuliah tanpa ada rasa kerisauan dan kesangsian dalam hati gua akan ditahan oleh pak guard yang sentiasa membuat onar terhadap diriku ini dengan menyaman aku diatas kesalahan-kesalahan yang comel selalu dimaafkn oleh cikgu disiplin sekolah menengah aku dulu walaupun dia pernah kiss tampar ak sebanyak dua kali. Contoh, tak pakai kad matriks. Celaka.

p/s : kepada ibu kesayanganku, belikan anakandamu ini sebijik kereta kebal Tiger Ace ini.T.T...

Sunday, August 15, 2010

Study Freak

Why we must study?
Why we can't play DOta all the times without worrying bout class?
Why we can play Age Of Empire without worring bout assignment?
Why we can't play PES all the time without worrying about the test?
 Why we cant sleep without worrying bout th final exam?
Why?kenapa? سبب?raison?wofür?perché?
почему?למה?क्यों?なぜ?왜?


Nerd. Thats Me!
























I'm totally in nerd mode right now.
I totally love the robots, dunt have to keep worrying about the silly thing like human.
Human is fragile. Why?Because human have heart
Thats what make the human special being



p/s : i wish i can go back to live in ancient time.
       Lets say, Hang Tuah Age or Salahuddin Ayubi Age
       So, i dunt have to study like shitty hell anymore..huhh~~
       Someone, please design time machine. I really wanna use it now.T.T.

Saturday, August 14, 2010

No Mood



p/s : why do people change?I love robots. They wont change until we programme them back. Huh~~~~

Thursday, August 12, 2010

Bazar

Setiap kali bulan Ramadhan datang, tapi bukan datang bulan, ape yang bermain dalam kepala gua ni bukannya Justin Bieber or Shahir AF7 dan yang pasti bukannya Ariel Sharon mahupun Hosni Mubarak, akan tetapi Murtabak lah yang selalu bermain dlm kepala hotak gua setiap kali datang bulan ramadhan.

Semalam, dengan dua org rumate gua yang segak dan kacak bergaya, berbekalkn jiran sebelah bilik gua yang ad iras-iras macam sami Gyatso mcm dlm criter Avatar : The Last Airbender, kiteorg menuju ke Bazar Ramdhan dalam kampus gua ni. 

Sami Gyatso
Sampai  je kt Bazar Ramadan, boleh kate gua agak kecewa lah dengan dengan isipadu dan jisim bazar ramadan tu. Gua akui, memang saiz kawasan bazar tu besar, tapi, kepadatan peniaganya tu yang buatkn gua kecewa. Gua cari la jugak gerai jual Murtabak. Tawaf bazar sampai 4-5 kali sampai akak yang jual Oblong pun naik muak asyik tengok muka gua je yang lalu depan gerai Oblong dia. Gua dpt rasekan, dlm hati dia, dia ckp mcm ni, 'ak ni cun sgt ke smpai mamat ni asyik lalu depan gerai ak ni. OMG, i'm nervous!'.Itulah antara kata hati akak oblong yang aku dpt rasakn. Dan gua syak, akak ni peminat Iron Maiden dan juga band-band Metal yang lain berdasarkn celak matanya yang tebal dan pekat.

Selepas lebih satu jam gua buang masa kat pasar ramadan tu, gua give up nk cri Murtabak. Lastly, gua decide nk bukak puasa dgn Oblong akak celak tebal tu tdi. Pasal dia nampak rokes tegar, gua pun beli Oblong dia selain membeli juadah-juadah yang lain. Selepas siap urusan jual beli, gua angkat kaki menuju ke Masjid bilik gua yang ceria, bersih, indah dan juga tempat imigran-imigran asing bertandang. Bukan jin yang bertandang ye. Gua dengan rasa penuh kecewa tak dapat makan murtabak, melangkah kaki dgn berat dri bazar ramadan yang kurang jisimnya itu.T.T. Dan gua nekad hari ni, gua nak pergi bazar ramadan kat luar kampus gua. Untuk mencari Murtabak. Bukanya Hosni Mubarak.Fullstop

Bazar Ramadan Dalam kampus gua. Meriah kn?

p/s : Gua nak murtabak! Cik pencuri, masakkn murtabak please. Tpi saya tahu xsedap.ha3.^.^

Rumate Saya

Pagi tadi, bile gua terjaga, tengok jam da kul 7 pagi. Dem! x sahur la gua hari ni. Dah la cik pencuri suruh gua kejut dia bgun sahur. Mampus gua, kena marah lagi dengan dia la agaknya. Tanpa berfikir panjang, gua terus meninggalkn katil empuk gua dalam keadaan mamai dan fikiran yg kosong menuju ke toilet untuk berwudhuk. Asyik-asyik subuh dinasour je. Bila la aku nk berubah ni.*sigh*.  Mengeluh aku sendirian didalam rumah syaitan
yang bersih tapi busuk dengan hasil kumbahan manusia dan kucing 
selepas dicuci oleh akak cleaner tiap-tiap pagi.
Gua pun kadang-kadang malu nak g mandi pagi bile time akak-akak cleaner tengah cuci toilet tuh.Da la ada sorang akak tu lawa. Gua syak akak yang lawa tu peminat Toomok yang sejati pasal muka dia agak jambu dan kejiwangan. Ape yang pasti, akak tu bukan peminat bunfes.

Lepas gua solat subuh dan breakfest kemas katil, gua pun bukak laptop gua hasil pemberian bapak gua ni. Berbekalkn broadband maxis, gua pun berfesbuk kejap. Gua tengok notification gua, rumate gua ad post kt wall gua 2 hours ago. Gua bukak post tu, rupe2nye, rumate gua yg sgt kreatif ni kejut gua untuk bgun sahur guna fesbuk rupenye. Rumate gua post 'bangun sahur la wei' kt wall gua. Dem! Pehal lu kejut guna fesbuk bai, Gua yang duk tido elok je belakang lu, xkejut lak.Sungguh kreatif anda ni. Terima kasih, nanti petang main Age Of Empire, gua nak belasah lu teruk.hahahhaha.Sumpah, lu memang unik. Xpernah gua ada rumate yang menggunakan dan memanfaatkan teknologi macam lu. Gua nk sentap. Lepas ni jgn nk ajak gua g bazar ramadhan lagi!*just joking *^.^

Impian Gua

 p/s :   
gua harap gua sempat menyambut ramadhan bersama family gua sendiri sebelum Allah tarik nyawa gua. Dengan  anak-anak dan isteri gua. Walaupun xde lagi sebenarnya. Dah nama impian kn?Tapi, boleh ke?sempat ke?sigh*Gua sendriri pun kadang lemah lutut pikir pasal mende ni.