Pages

Sunday, November 28, 2010

potong stim

Gua dengar rumate gua bergayut manja mushi-mushi ngan awek dia di petang hari tadi,
Gua trasa jeles, potong stim mood gua nak layan Dota. Dah la gua newbie dalam dunia Dota ni, ingat nak train sebelum cabar raja Dota bilik gua, brader Lai, tpi bila stim gua dipotong, gua quit game. Walaupun gua da buat dua Butterfly, satu Vanguard, gua quit game jugak. Lantas gua capai hensem buruk X3 gua,
Yang berbaki kredit agak banyak. Dail no mak gua yg sekarang ni ad kt Mekah

Gua bergayut ngan mak gua, sembang-sembang hal dunia dan ukhrawi. Suruh dia ambik gambar unta sekor dua kalau ada terlintas dpan dia, ape cerita dengan Tasik Galilee kering ke tak lagi, kirim jubah arab sehelai dua nak wat pakai p solat jumaat, kena nasihat sepam dua ngan Hajjah baru tu, kena leter sikit-sikit sampai suhu telinga gua naik sedikit sebanyak. Gua dengar je ape dia ckp sambil gelak-gelak tengok muka incik dR Dua Alam 40 juta yang menghiasi  dada tabloid Kosmo sebanyak dua page. Nak jugak gua sembang ngan mak gua pasal perkembangan Dua Alam, tapi, nanti-nantilah tunggu dia balik minggu depan.




  " Puas hati. Ingat lu sorang jeke boleh gayut."

p/s : kepada incik muzammil hariri yang baru dapat baju metallica, pendek xpost gua ni?

Wednesday, November 24, 2010

People's Republic Of China dan Republic of China.

Apa beza People's Republic Of China dengan Republic of China?


Ok, bila kita bercakap pasal perbezaan dua buah negara ni, kita mesti tahu dua buah parti yang memainkn peranan penting dalam penubuhan kedua-dua buah negara.

Yang pertama adalah Parti Kuomintang yang merupakan parti Nationalist ditubuhkn oleh Sun Yat Sen yang bertanggungjawab menumbangkan Dinasti Qing yang merupakan kerajaan monarki terakhir China sekaligus mengakhiri pemerintahan sistem beraja di China yang berusia hampir 2000 tahun seterusnya menubuhkan Republic Of China. Akan

Yang kedua adalah Parti Komunis China yang ditubuhkan pada tahun 1921 di Shanghai. Parti Komunis China telah terlibat dalam perang saudara dengan Parti Kuomintang dari tahun 1927-1949.


Republic Of China yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1912 selepas Revolusi Wuchang melingkumi Tanah Besar China, sebahagian kecil Monggolia dan juga kepulaun Taiwan. Tapi, selepas perang saudara antara Parti Kuomintang yang memerintah Republic Of China dengan Parti Komunis China pada tahun 1949, yang mana Parti Kuomintang kalah kepada Parti Komunis China yang mendapat sokongan dan bantuan daripada negara Marxism, iaitu Soviet Union. Parti Kuomintang yang pada masa itu dibawah pimpinan Chiang Kai-shek terpaksa berundur ke Kepulaun Taiwan dan memindahkan kerajaan Republic Of China di Taiwan.

Manakala ditanah besar China, Mao Zedong pula mengumumkn penubuhan kerajaan People's Republic of China pada tahun 1 October 1949 selepas Parti Kuomintang berundur. People's Republic of China juga dikenali dengan nama " Red China".  Walaupun selepas berundur ke Taiwan, Chiang Kai-Sek masih menaruh harapan untuk merampas kembali tanah besar China dari Parti Komunis China dan merancang strategi untuk menawan kembali Tanah Besar China. Beliau mempertingkatkan kembali keupayaan tentera beliau dan membina kubu-kubu pertahanan di sekitar kepulaun Taiwan termasuk kubu pertahanan yang berupaya menahan kekuatan kuasa kemusnahan bom nuklear. Akan tetapi, nyawa beliau tidak panjang apabila belian menghembuskan nafas terakhir pada 5 April 1975. Selepas beliau mati, rancangan untuk menawan kembali tanah besar China oleh Parti Kuomintang berkubur bersamanya. Dan kesannya, kedua-dua buah negara Republic Of China dan People's Republic of China masih kekal sampai hari ini walaupun ada provokasi yang selalu berlaku antara kedua-dua belah pihak.


Jadi, sebagai konklusinya, Republic Of China merupakan sebuah negara yang dikenali sebagai Taiwan ataupun Chinese Taipei. People's Republic Of China pula merupakan sebuah negara Komunis di tanah besar China yang pada hari ini merupakan sebuah negara yang kuat dari segi ketenteraan, teknologi mahupun ekonomi dan mampu mengubah arah tuju dunia kita.