Pages

Thursday, August 12, 2010

Bazar

Setiap kali bulan Ramadhan datang, tapi bukan datang bulan, ape yang bermain dalam kepala gua ni bukannya Justin Bieber or Shahir AF7 dan yang pasti bukannya Ariel Sharon mahupun Hosni Mubarak, akan tetapi Murtabak lah yang selalu bermain dlm kepala hotak gua setiap kali datang bulan ramadhan.

Semalam, dengan dua org rumate gua yang segak dan kacak bergaya, berbekalkn jiran sebelah bilik gua yang ad iras-iras macam sami Gyatso mcm dlm criter Avatar : The Last Airbender, kiteorg menuju ke Bazar Ramdhan dalam kampus gua ni. 

Sami Gyatso
Sampai  je kt Bazar Ramadan, boleh kate gua agak kecewa lah dengan dengan isipadu dan jisim bazar ramadan tu. Gua akui, memang saiz kawasan bazar tu besar, tapi, kepadatan peniaganya tu yang buatkn gua kecewa. Gua cari la jugak gerai jual Murtabak. Tawaf bazar sampai 4-5 kali sampai akak yang jual Oblong pun naik muak asyik tengok muka gua je yang lalu depan gerai Oblong dia. Gua dpt rasekan, dlm hati dia, dia ckp mcm ni, 'ak ni cun sgt ke smpai mamat ni asyik lalu depan gerai ak ni. OMG, i'm nervous!'.Itulah antara kata hati akak oblong yang aku dpt rasakn. Dan gua syak, akak ni peminat Iron Maiden dan juga band-band Metal yang lain berdasarkn celak matanya yang tebal dan pekat.

Selepas lebih satu jam gua buang masa kat pasar ramadan tu, gua give up nk cri Murtabak. Lastly, gua decide nk bukak puasa dgn Oblong akak celak tebal tu tdi. Pasal dia nampak rokes tegar, gua pun beli Oblong dia selain membeli juadah-juadah yang lain. Selepas siap urusan jual beli, gua angkat kaki menuju ke Masjid bilik gua yang ceria, bersih, indah dan juga tempat imigran-imigran asing bertandang. Bukan jin yang bertandang ye. Gua dengan rasa penuh kecewa tak dapat makan murtabak, melangkah kaki dgn berat dri bazar ramadan yang kurang jisimnya itu.T.T. Dan gua nekad hari ni, gua nak pergi bazar ramadan kat luar kampus gua. Untuk mencari Murtabak. Bukanya Hosni Mubarak.Fullstop

Bazar Ramadan Dalam kampus gua. Meriah kn?

p/s : Gua nak murtabak! Cik pencuri, masakkn murtabak please. Tpi saya tahu xsedap.ha3.^.^